web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perniagaan Barter Kembali Dibenarkan, Peniaga Tarik Nafas Lega

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 8:18AM

Saiful Ali (kiri) bersama barang-barang yang terdapat di gudangnya di Tawau, Sabah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU -  Sabah semenangnya unik dan cukup berbeza dari segi perkembangan ekonomi atau sistem pertahanan, khususnya membabitkan persempadanan antarabangsa.

Pantai Timur Sabah, misalnya, selain terkenal dengan industri pelancongan yang memberi pulangan ekonomi tertinggi di negeri ini, ia juga terkenal dengan aktiviti perdagangan tukaran barang atau barter trade.

Kedudukan daerah Sandakan dan Tawau di sempadan berhampiran dengan negara jiran Filipina serta Indonesia turut membuka peluang aktiviti ekonomi yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Aktiviti berkenaan bagaimanapun ‘dihentikan’ sementara, susulan tragedi Tanduo yang menggemparkan seisi negara pada 2013, selepas pihak berkuasa mengambil kira aspek keselamatan.

Aktiviti jenayah rentas sempadan dan penculikan, yang berpotensi melatari sistem perdagangan barter itu antara faktor pemberhentian sementara kegiatan berkenaan, walaupun menerima reaksi hangat komuniti setempat.

Perdagangan barter, mungkin dianggap tradisi kuno oleh segelintir pihak, namun yang jelas ia berkait rapat dengan pulangan ekonomi komuniti setempat, walaupun tidak dinafikan agak berisiko terhadap keselamatan.

Reda tragedi Tanduo, aktiviti berkenaan sekali lagi terjejas susulan ancaman dibawa pandemik COVID-19, yang memaksa kerajaan negeri menutup semua pintu sempadan bagi membantu mengukuhkan usaha menyekat penularan virus.

Impaknya amat ketara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, apabila membabitkan kerugian sehingga jutaan ringgit kepada pemain industri.

Justeru, apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan kebenaran operasi barter trade bermula 5 Mac lalu, ia nyata memberi kelegaan buat golongan terbabit di sekitar Tawau dan Sandakan.

 Saiful Ali
Saiful Ali

Pengarah Syarikat Usaha Bagus Enterprise Sdn Bhd Saiful Ali, 38, berkata, sejak perlaksanaan PKP, pihaknya mengalami kerugian hampir RM3 juta kerana tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

"Kami bukan saja terpaksa menanggung kerugian menyimpan barang yang hampir tamat tempoh luput, tetapi turut membayar pembekal atas tempahan yang dibuat.

"Pada masa sama, syarikat juga terpaksa membayar sewa kontena di pelabuhan dianggarkan bernilai lebih RM9,000 sehari tanpa sebarang pendapatan atau keuntungan sepanjang perlaksanaan PKP," katanya kepada Getaran.

Tambah Saiful, kebenaran beroperasi semula yang diumumkan kerajaan negeri menjadi satu rahmat buatnya dan pemain industri berkaitan.

"Terus terang, terasa seakan-akan boleh bernafas semula kerana diberikan peluang selepas mengalami kerugian besar.

"Kami berharap kerajaan negeri akan terus membela nasib penggiat industri dan memastikan operasi barter trade berjalan lancar," katanya.

Saiful menarik perhatian, penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) atau syarat baharu yang dirasakan wajar oleh kerajaan perlu dilakukan bagi memastikan kesinambungan perniagaan ini.

"Dalam kita berusaha memutuskan rantaian Covid-19, kita juga perlu memikirkan usaha penjanaan semula ekonomi negara.

"Justeru, saya melihat barter trade ini adalah satu alternatif yang ada bagi membantu menjana pendapatan ramai pihak khususnya Sabah," katanya.

Kemasukan vaksin Covid-19 yang mula diberikan kepada orang ramai, jelas beliau lagi, turut membantu aktiviti ekonomi antarabangsa, termasuk barter trade untuk tumbuh dengan lebih baik pada masa akan datang. - Getaran, 15 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Peluang Luas Kembang Perdagangan Dengan Malaysia – Putin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi