web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Rogol Dai': Pendakwaan Serah 2 Dokumen Perubatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 12:55PM

Da’i Syed - Gambar dari Facebook Da’i Syed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pihak pendakwaan telah menyerahkan dua laporan perubatan berkaitan kes rogol melibatkan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian memaklumkan perkara itu semasa kes itu disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rihaida Rafie hari ini.

Beliau berkata dua dokumen perubatan dari Hospital Shah Alam, dekat sini dan Hospital Temerloh, Pahang juga telah diserahkan pihaknya kepada pihak pembelaan.

"Bagaimanapun satu lagi dokumen perubatan dari Hospital Kajang dan satu laporan kimia masih belum diserahkan dan akan diberi kepada pihak pembelaan dalam masa terdekat," kata Nor Baizura.

Peguam Syed Amirul Syed Edros mengesahkan menerima kedua-dua dokumen perubatan tersebut dan mahkamah menetapkan 5 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada 11.35 malam, 11 Sept 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal turut didakwa mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, 17 Okt 2020. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Amang Seksual: 6 Kertas Siasatan Kes Pendakwah Selebriti Dirujuk Kepada TPR

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Amang Seksual: 2 Lagi Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Da'i Syed Mula April 2022

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Rogol Da'i: Sebutan Semula 5 Julai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka