web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tuduhan Polis Kejam Tidak Adil - Ketua Polis Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Mar 2021 8:12AM

Hamid Bador

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan perbuatan melontarkan pelbagai tuduhan liar terhadap polis sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap pasukan itu dilakukan oleh individu yang sengaja ingin ‘popular’.

Menurutnya anggapan seperti ‘polis kejam’ kerana mengenakan tindakan tegas termasuk kompaun adalah tidak wajar kerana setiap tindakan dilakukan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik COVID-19.

“Orang ambil kesempatan, ada yang nak popular, lontar pelbagai tuduhan liar kemudian sembunyi tangan. Contohnya macam kes di Lahad Datu kononnya polis tangkap ramai pengemis di sana.

“Sebenarnya warga Palauh ini mengemis beramai-ramai hampir di setiap lampu isyarat di sana, jadi polis pergi tangkap, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang virus sedang menular. Di Sabah sekarang kes telah menurun tinggal 35 dan kami hendak turunkan lagi.

“Sehubungan itu polis kena ambil tindakan untuk elak mereka berkeliaran, mereka mungkin dijangkiti. Jadi kami tangkap, namun yang keluar dalam berita mengatakan polis kenakan tindakan kompaun RM10,000.

“Cerita sebenarnya kami tangkap di bawah Akta Imigresen dan serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perlindungan, tidak ada niat pun hendak kompaun ... kami tahu takkan mereka mampu, RM5 pun mereka tidak ada, usahkan RM10,000. Jadi nak kata polis kejam tu tidak adillah,” katanya kepada Bernama.

Jelasnya begitu juga dalam kes melibatkan sepasang kekasih yang kononnya dikompaun RM10,000 baru-baru ini, ketika sedang makan dan minum di Cheras, tindakan itu sebenarnya bukan dilakukan oleh pihak polis, namun oleh sebuah agensi kerajaan yang lain.

Sehubungan itu beliau menyeru masyarakat supaya berfikiran lebih matang dalam menilai setiap tindakan tegas yang dilakukan oleh polis kerana ia dibuat semata-mata untuk kepentingan rakyat serta demi mengekang penularan wabak COVID-19.

Beliau menegaskan polis hanya bertindak sebagai pasukan yang membantu pelaksanaan undang-undang di bawah Akta 342 berhubung kawalan penyakit berjangkit.

“Undang-undang itu milik Kementerian Kesihatan (KKM) (Akta 342) ... kami diminta dan diberi kuasa untuk bantu KKM.

“Isu kompaun RM10,000 telah lama dibincangkan sejak bermula gelombang ketiga COVID-19 apabila wujudnya kluster baharu dan mula merebak dalam kalangan komuniti,” katanya.

“Kompaun RM10,000 itu bukan ditujukan kepada mereka yang membuat kesalahan kali pertama (tapi) ia adalah untuk individu yang mengulangi kesalahan sama iaitu individu yang pernah dikompaun sebelum ini melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Bagaimanpun katanya orang ramai yang merasakan diri teraniaya atau tidak bersalah boleh mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah mengikut daerah di mana kompaun itu dikeluarkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah