web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Angkara Cuai, Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Ditinggal Dalam Kereta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 2:17PM

Kereta Proton Waja milik pengetua tadika yang dirampas polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Luluh hati sepasang suami isteri, apabila anak yang meninggalkan rumah untuk ke sekolah akhirnya pulang sebagai jasad tidak bernyawa, angkara kecuaian pihak ketiga.

Kejadian menyayat hati itu berlaku semalam, apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut, setelah ditinggal selama lebih empat jam dalam kereta Proton Waja milik pengetua tadikanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa diambil oleh pengetua tadika itu, yang merupakan seorang wanita berusia 49 tahun dari rumah ibu bapanya di Taman Ria, dekat sini kira-kira jam 7.45 pagi semalam.

Menurut beliau, mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan sihat ditempatkan di ruang penumpang belakang sebelah kiri, sebelum pengetua berkenaan mengambil seorang lagi kanak-kanak lain berusia lima tahun dan diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian depan.

“Sampai di tadika yang juga terletak di Taman Ria, seorang guru lain mengambil kanak-kanak yang berada di tempat duduk depan untuk dibawa masuk ke dalam tadika.

“Pengetua itu pula terus meletakkan kereta di luar tadika dan mematikan enjin tanpa membawa masuk mangsa,” katanya.

Difahamkan ibu kanak-kanak tersebut bekerja di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) manakala bapanya pula merupakan seorang anggota tentera berpangkat koperal di Kem Lapangan Terbang, di sini.

Ketika insiden, pintu dan cermin kereta itu dipercayai tertutup rapat tanpa ada ruang pengudaraan.

“Mangsa berada dalam kereta dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari. Hanya pada jam 12.15 tengah hari iaitu ketika mahu menghantar mangsa pulang ke rumah, barulah wanita terbabit menyedari anak itu tidak berada dalam tadika tersebut, sebelum bertanya kepada guru-guru lain namun dimaklumkan bahawa kanak-kanak malang terbabit tidak hadir ke tadika.

“Pengetua tersebut lalu menuju ke keretanya sebelum mendapati mangsa dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans namun disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” katanya.

Adzli berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh kanak-kanak tersebut yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik.

“Susulan itu kami menahan pengetua tadika berkenaan bagi membantu siasatan dan kereta digunakan wanita terbabit tersebut turut dirampas.

“Mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini, Alor Setar dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah