web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Kes Harian, Kematian Kembali Meningkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 11:30AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 kembali mencatatkan peningkatan dengan 2,017 jangkitan baharu dilaporkan setakat tengah malam tadi, berbanding 1,469 kes, kelmarin.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,446,225 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,013 kes tempatan dan empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 10 lagi kematian COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,630 dengan 7,68 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 29,971 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.7 peratus atau 28, 679 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 19 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,235 lagi atau 4.1 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 20 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,548 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada wabak tersebut adalah sebanyak 4,417,694.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.97 dengan Putrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi, iaitu 1.08.

Data itu diikuti Sabah (1.04), Kuala Lumpur (1.03), Pulau Pinang (1.02) dan Negeri Sembilan serta Kedah masing-masing 0.98, manakala Perak (0.95). - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka