web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wujud Rasuah Dalam APAD Sehingga E-Hailing, Teksi ‘Gulung Tikar’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 1:39PM

Kamarudin turut mendakwa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri turut bersubahat dan menggalakkan rakyat mencabuli Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (Akta 333). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wujud kegiatan rasuah didakwa dilakukan pihak tertentu dalam Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), sehingga mendorong agensi kerajaan itu membuat dasar yang menjahanamkan industri dan menzalimi pemandu teksi serta e-hailing.

Perkara itu didedahkan Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain yang turut mendakwa, Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri turut bersubahat dan menggalakkan rakyat mencabuli Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (Akta 333).

Menurut beliau, ‘penghasutan’ terbabit juga termasuk akta yang kononnya dilaksanakan demi memartabatkan industri pengangkutan darat negara, iaitu Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Saya mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan khususnya APAD sejak tahun 2014, tetapi malangnya keangkuhan dan mungkin penularan gejala rasuah dalam suruhanjaya itu, mendorong mereka membuat dasar yang menjahanamkan industri dan menzalimi pemandu.

“Alasan diberikan adalah kemajuan teknologi dan menjana pendapatan sampingan rakyat, namun hakikatnya, beliau gagal mewujudkan peluang pekerjaan serta menggunakan industri teksi untuk melepas tengkuk, walaupun sedar tindakan itu menabur pasir ke dalam periuk nasi pemandu teksi dan kereta sewa,” katanya menerusi kenyataan diterima Getaran hari ini.

Justeru, beliau menegaskan tindakan kerajaan ketika itu yang memberi insentif, bersubahat dan menggalakkan rakyat demi semata-mata mahu mencabuli Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Darat 2010, benar-benar tidak boleh diterima.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, pemandu teksi dan e-hailing sejak 2014 sudah pun melahirkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan berikutan kadar tambang Grab terlalu murah.

“Tindakan kerajaan itu menimbulkan kemarahan kami sehingga mewujudkan ketidakseimbangan persaingan antara mereka dan merugikan pemandu e-hailing. Kerajaan ketika itu tidak berbuat apa-apa.

“Malah, membiarkan ratusan ribu pemandu teksi dan e-hailing daripada golongan B40 hidup dalam derita, sedangkan syarikat kapitalis terus mengaut keuntungan 10 hingga 20 peratus bagi setiap tempahan penumpang,” katanya.

Kamarudin menarik perhatian apabila mendakwa, walaupun ketika ini Grab melonjak naik sehingga menyebabkan orang ramai bising dan Kementerian Pengangkutan (MOT) mula bersuara supaya keadaan diperbetulkan, tiada tindakan tegas diambil kerajaan.

“Rokok yang mendatangkan masalah kesihatan kepada rakyat pun dikawal harganya oleh kerajaan, tetapi pengangkutan awam yang menjadi keperluan rakyat, khususnya golongan B40 dibiarkan syarikat kapitalis menentukan kadar tambang, di mana logiknya?” soalnya.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berani melakukan perubahan bagi membetulkan semula keadaan atau hanya berdiam meneruskan kerosakan serta kehancuran dilakukan pemerintah terdahulu.

“Sama-sama kita nantikan, cuma apa yang dapat saya katakan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kini agak sedikit mudah untuk berurusan,” katanya.

Terdahulu, Ka Siong memberi amaran kepada pengendali perkhidmatan e-hailing agar tidak berterusan mendesak kerajaan.

Menurutnya, MOT banyak memberi kemudahan kepada syarikat e-hailing, termasuklah kelonggaran untuk mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Ka Siong berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk menjalankan siasatan berhubung kenaikan harga tambang e-hailing tersebut.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan tambang perkhidmatan e-hailing meningkat hingga 400 peratus pada waktu puncak.

Ia mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna dan beberapa pihak lain kerana disifatkan tidak masuk akal, sekali gus menggesa campur tangan kerajaan antara lain berkaitan kawal selia harga.

Setakat ini, terdapat 28 syarikat e-hailing yang mempunyai lesen aktif di sekitar Lembah Klang - Getaran, 28 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad