web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Laksana Voluntary Carbon Market, Pengecualian Cukai Kenderaan Elektrik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jun 2022 12:13PM

Ismail Sabri berucap pada Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan di bawah Bursa Malaysia akan mewujudkan Voluntary Carbon Market menerusi Bajet 2022 tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara juga akan melaksanakan pengecualian duti import, duti eksais serta cukai jualan bagi kenderaan elektrik demi merancakkan agenda ekonomi hijau negara.

“Agenda hijau juga perlu disemai di peringkat pentadbiran kerajaan tempatan dengan mencontohi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengumumkan aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandar raya Net Zero Carbon menjelang 2050.

“Komitmen negara menerusi pelaburan sifar atau rendah karbon dan teknologi hijau, diharap dapat menarik pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi hab pelaburan hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Alam Sekitar Dunia di Taman Tugu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Malaysia akan melaksanakan tiga pelan sasaran jangka panjang bagi memenuhi visinya untuk mencapai tahap karbon sifar (neutral) menjelang 2050, termasuk menggubal undang-undang berkaitan perubahan iklim.

Jelasnya, kerajaan akan melaksanakan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 31 peratus menjelang tahun 2025 dan 40 peratus menjelang 2035.

“Kedua, Malaysia akan mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus liputan hutan negara dan terakhir adalah melaksanakan kaedah natural-based solution.

“Kaedahnya adalah seperti menanam 100 juta pokok dan meningkatkan kadar kitaran semula kepada 40 peratus menjelang 2025,” katanya.

Pada masa sama Perdana Menteri berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan negara di rantau Asia yang berkongsi visi tersebut menerusi “Asia Zero Emission Community”.

Menurutnya, visi tersebut selari dengan komitmen negara ketika Persidangan Perubahan Iklim 21 di Paris, Perancis pada 2015, bertujuan membendung pemanasan global dengan mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini di bawah dua darjah celcius.

“Menerusi Strategi Rancangan Malaysia ke-12, kita menyasarkan mencapai ‘Negara Sifar Karbon’ menerusi pembangunan di sektor tenaga, pengangkutan, industri pemprosesan dan penggunaan produk, pengurusan sisa, pertanian, dan penebusan semula guna tanah.

“Usaha ini juga diselaraskan dengan Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia ke arah menjadikan Malaysia Lestari 2030 yang berteraskan pengukuhan tadbir urus, pertumbuhan hijau, kolaborasi strategik,” katanya.

Jelas Ismail Sabri, pelan dan dasar kerajaan itu turut digembleng bersama sektor korporat dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di bawah Rangka Kerja dan Sasaran Kemampanan Perniagaan berteraskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Antara yang terlibat adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mensasarkan portfolio pelaburan full ESG compliant menjelang tahun 2030 dan pelepasan GHG sifar pada tahun 2050,” katanya.

Pada masa sama beliau, Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mensasarkan peruntukan modal baharu berjumlah RM10 bilion untuk pelaburan aset hijau menjelang 2030.

“Tidak lama lagi Khazanah Nasional akan mengumumkan rangka kerja dan sasaran kemapanannya yang bakal menjadi penanda aras komitmen dan sasaran syarikat di bawahnya.

“Saya mahu semua syarikat pelaburan di bawah GLC menyelaras pelan tindakan dan sasaran kelestarian mereka diikuti dengan pemantauan dan laporan lebih terangkum,” katanya.

Tegas Ismail Sabri, pentadbiran menerusi kerjasama Kementerian Kewangan dan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia berjaya mewujudkan Dana Amanah Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (MySDG Trust Fund).

“Dengan peruntukan RM20 juta, dana ini adalah permulaan bagi menyokong program kerajaan yang berorientasikan Matlamat Pembangunan Lestari di seluruh negara,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 1 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 1 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad