web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Masih Kaji GST, Tidak Akan Laksana Waktu Terdekat - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 1:51PM

Kerajaan kekurangan pendapatan sebanyak RM30 bilion setahun kerana pindah daripada GST ke SST. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih menjalankan kajian terperinci terhadap kesan baik dan buruk sekiranya sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) kembali dilaksanakan.

Serentak dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan pelbagai pihak bahawa GST akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, kajian tersebut dilakukan untuk melihat sekiranya GST sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

“Ramai yang terus melompat apabila saya kata tidak menolak kemungkinan (GST dikembalikan), tapi saya kata kita perlu kaji buruk dan baiknya bukan saya kata umumkan akan laksanakan GST.

“Saya kata akan buat kajian sebab salah satunya kerajaan kekurangan pendapatan apabila kita ubah GST ke SST.

“Kita kekurangan pendapatan sebanyak RM30 bilion setahun kerana pindah daripada GST ke SST,” katanya kepada media ketika ditemui pada Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu, di sini, hari ini.

Jelas Ismail Sabri, banyak pertimbangan dan keperluan yang harus diambil kira, termasuk waktu sesuai sekiranya sistem percukaian itu mahu direalisasikan di Malaysia.

Pada masa sama katanya, rakyat perlu diberikan penerangan jelas sekiranya kerajaan memutuskan mahu melaksanakan GST atau sebarang sistem percukaian baharu.

“Kalau kita rasa SST sudah tidak sesuai apa yang kita nak gantikan dan rakyat perlu difahamkan dahulu. Kita nak apa yang diumumkan diterima rakyat bukan ditolak rakyat.

“Jangan bimbang sampai masanya kita akan dedahkan dan umumkan. Tapi masa ini masih dalam peringkat kajian,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Ismail Sabri berkata, Kabinet belum memutuskan sebarang ketetapan berhubung cadangan menghalang mana-mana Ahli Parlimen yang sedang berdepan perbicaraan kes di mahkamah daripada menghadiri persidangan serta menjalankan urusan lain di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Naib Presiden UMNO itu juga memaklumkan, cadangan terbabit belum dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, dan ia baru sahaja dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau menegaskan masih terlalu awal untuk Kabinet membuat sebarang keputusan mengenainya, malah Jemaah Menteri perlu merujuk semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

“Kita belum bincangkan lagi dalam Kabinet secara terperinci dan antara perkara dalam akta tersebut termasuklah melarang kehadiran Ahli Parlimen yang dihadapkan ke mahkamah ke Parlimen, sama ada menurut peruntukan undang-undang atau etika di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen.

“Masih terlalu awal dan tidak dibawa pada mesyuarat Kabinet pada Rabu ini. Kita tak boleh hanya dengar pandangan saya semata-mata. (Perbincangan di peringkat) Kabinet bermakna (pandangan) semua menteri,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Masanya Perkenal Semula GST, Rakyat Hadapi Pelbagai Kekangan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Cukai Barangan Mewah Bukan Alternatif Kepada GST - Kementerian Kewangan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST Kerana… - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global