web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin Harus Fasih Bahasa Melayu, Jangan guna Bahasa ‘Rojak’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 7:50PM

Anwar (kanan) dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pelancaran buku Kombo Merdeka 65 Sasterawan Negara A Samad Said di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap ahli politik termasuk barisan pemimpin negara perlu mempamerkan sikap nasionalis yang tinggi menerusi penguasaan serta pengetahuan meluas Bahasa Melayu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah perkara memalukan sekiranya pemimpin gagal menguasai Bahasa Melayu, sedangkan ia adalah bahasa rasmi negara.

Menurut beliau, kegagalan wakil rakyat untuk fasih dalam bahasa kebangsaan jelas membuktikan sikap negatif mereka terhadap bahasa berkenaan.

“Kalau mahu angkat dan martabatkan bahasa Melayu, pemimpin negara perlu menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Ini ada pemimpin bahasa Melayu lintang pukang, tidak bermutu. Ada yang cakap bahasa Inggeris pun, tatabahasanya bertabur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Kombo Merdeka 65 Tahun Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini, hari ini.

Getaran sebelum ini melaporkan, tokoh ilmuan negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong membidas kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz yang menyifatkan keghairahan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu di pentas dunia sebagai idea terkebelakang.

Menurut beliau, kenyataan itu tidak berasas sama sekali kerana banyak negara lain sudah menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam urusan antarabangsa sejak zaman-berzaman.

Malah katanya, negara jiran, Indonesia juga sudah mendahului Malaysia dari segi ekonomi walaupun mereka menggunakan bahasa Indonesia dalam urusan kenegaraan.

Kok Seong berkata, keadaan itu berbeza di Malaysia apabila legasi bahasa Melayu yang dibina selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957 ‘diruntuhkan’ pemimpin sebelum ini.

Dalam pada itu, Anwar menggesa agar Pesta Buku dilaksanakan sebagai program rasmi negara (national program) setiap tahun bagi memperkasakan budaya membaca dalam kalangan rakyat.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, sekiranya direalisasikan, bahasa Melayu pastinya mampu dijadikan agenda utama dalam setiap sektor di dalam negara ini.

“Kalau benar mahu martabat Bahasa Melayu, dukung pesta buku (antarabangsa Kuala Lumpur) sebagai satu national program.

“Kena kuatkan usaha bantu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk jadikan bahasa Melayu sebagai gudang ilmu.

“Kalau betul nak di terjemah, angkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi yang dihormati, dikupas melalui falsafah sains bukan slogan murahan atau sempit,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'