web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Struktur Sebaiknya Hukuman Syarikat, Individu Tipu Bidaan Projek Kerajaan - DPMUM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 5:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan menyenarai hitam dan menyekat syarikat atau pengurusan tertinggi selama lima tahun, jika terbabit melakukan penipuan ketika membida projek kerajaan perlu distruktur sebaiknya, bagi membolehkan undang-undang berkenaan diperkasakan.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Muslim Malaysia (DPMUM), Muhammed Ismail Abdul Haiyee berkata, hukuman berkenaan perlu distruktur mengikut peratusan jumlah yang diperoleh daripada penipuan bidaan dilakukan.

“DPMUM juga mencadangkan hukuman diberikan mengikut peringkat kepada individu atau syarikat yang melakukan kesalahan pertama.

“Hukuman lebih berat pula dikenakan sekiranya pelaku melakukan kesalahan berulang, termasuk menarik atau menggantung lesen mereka,” katanya hari ini.

Bermula 1 Jun lalu, mana-mana syarikat dan pengurusan tertinggi terbabit dalam penipuan bidaan projek kerajaan akan disenarai hitam serta disekat daripada menyertai sebarang tender projek awam selama lima tahun, susulan penguatkuasaan Pekeliling Kerajaan 1.6 Integriti Dalam Perolehan Kerajaan (PK 1.6) oleh Kementerian Kewangan.  

Pekeliling itu bertujuan mengekang atau menghalang syarikat dan pengurusan daripada menyertai pakatan harga untuk menguasai bidaan sesuatu projek kerajaan sehingga boleh menyebabkan kerugian kepada dana awam.

Muhammed Ismail Abdul Haiyee
Muhammed Ismail Abdul Haiyee

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail berkata, PK 1.6 itu dilaksanakan susulan peningkatan hampir 200 peratus jumlah aduan berhubung penipuan bidaan sejak beberapa tahun kebelakangan, membabitkan nilai bidaan berjumlah lebih RM2 bilion.

Menerusi PK 1.6 katanya, syarikat yang berminat untuk menyertai tender kerajaan perlu mematuhi Akta Persaingan 2010 selain undang-undang lain dinyatakan dalam pekeliling berkenaan, kerana dapat membanteras ketirisan perolehan kerajaan yang mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit.

“Syarikat atau individu terbabit menipu bidaan menerusi tender kerajaan sememangnya layak diberi hukuman tegas oleh kerajaan kerana sanggup menzalimi hak peniaga atau pengusaha lain, yang bersaing secara adil serta telus,” katanya.

Iskandar berkata, langkah berkenaan dilihat wajar dilaksanakan segera kepada pelaku agar tiada lagi mengulangi kesilapan sama.

“Sepatutnya individu dan syarikat terbabit bersyukur kerana hanya disenarai hitam berbanding digantung atau ditarik lesen, yang pastinya boleh menutup periuk nasi mereka.

“DPMUM menyokong tindakan kerajaan menerusi Pekeliling Kerajaan PK 1.6 ini dalam usaha membendung penipuan bidaan. Ia tindakan tepat yang mampu membanteras ketirisan dalam perolehan kerajaan,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

3

TARA 10 bulan yang lalu

Bidaan Diharuskan, Tidak Termasuk Dalam Larangan Belian Atas Belian

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'