web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Ubat Kembali Stabil Julai - KJ

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 6:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Isu kekurangan bekalan ubat di klinik dan hospital swasta serta farmasi komuniti di negara ini dijangka kembali pulih bulan depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, pemeriksaan rawak yang dijalankan mendapati 85 peratus fasiliti kesihatan mengalami kekurangan bekalan sekurang-kurangnya satu jenis ubat.

“Pemeriksaan rawak Kementerian Kesihatan (KKM) melibatkan 47 fasiliti kesihatan swasta secara keseluruhan, termasuk tujuh hospital swasta, 10 klinik kesihatan swasta, dan 30 farmasi komuniti di seluruh negara.

“Kebanyakannya mengalami kekurangan ubat biasa bagi batuk dan selesema, demam serta antibiotik untuk kanak-kanak.

“Tapi saya menjangkakan keadaan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan atau lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital KKM di sini, hari ini.

Menurut beliau, sehingga 16 Jun lalu, pihaknya menghantar pertanyaan mengenai 36 bahan aktif membabitkan 1,231 produk kepada pemegang pendaftaran produk, mengenai ketersediaannya.

“Setakat ini kami menerima maklum balas mengenai 50 peratus produk daripada pemegang pendaftaran produk dan senarai produk alternatif yang menghadapi kekurangan, sudah dimajukan kepada pelbagai persatuan perubatan hospital supaya mereka boleh memperoleh ubat alternatif.

“Senarai produk terjejas akan dikemas kini dari semasa ke semasa, mungkin setiap minggu bergantung pada keadaan,” katanya.

Pada masa sama, Khairy turut mengulangi kenyataannya minggu lalu bahawa fasiliti penjagaan kesihatan swasta boleh meminjam bekalan ubat daripada kemudahan penjagaan kesihatan awam terdekat.

KKM juga mengeluarkan garis panduan minggu lalu untuk memperkemaskan proses peminjaman bekalan ubat membabitkan kedua-dua pihak terlibat.

Bagaimanapun, Getaran sebelum ini melaporkan, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan langkah KKM membenarkan fasiliti kesihatan swasta meminjam bekalan ubat daripada kemudahan kesihatan swasta lain atau fasiliti kesihatan kerajaan terdekat bukanlah pilihan wajar untuk dilaksanakan.

Presidennya, Dr Koh Kar Chai berkata, ia kerana selaras dengan Amalan Farmasi Baik, ubat tidak boleh dipinjam dan dipulangkan begitu sahaja apabila perlu, terutama membabitkan farmasi hospital swasta atau hospital awam.

Malah katanya, agak mustahil untuk memulangkan ubat daripada jenama sama sebagaimana dipinjam. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah