web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Menyesal Ayam Bukan Menu Utama Keluarga Malaysia Jika Harga Melampau  

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 3:05PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain utama industri ayam digesa tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sumber makanan itu secara berlebihan selepas kawalan harga silingnya dimansuhkan kerajaan mulai 1 Julai ini.

Pengerusi Persatuan Pembiak Ayam Kampung Warisan Malaysia (WAK), Profesor Madya Dr Azhar Kassim berkata, syarikat itu seharusnya tidak menaikkan harga ayam terlalu tinggi yang berasaskan kepada skala ekonomi bagi mendapatkan keuntungan.  

Menurut beliau, sekiranya perkara tersebut diperkasakan dengan pelaksanaan teknologi terkini dan penggunaan baka serta dedak berkualiti, ia menjadikan kos produksi kekal pada tahap rendah.  

“Pada masa sama, tak perlulah naikkan harga ayam di ladang dengan skala banyak (sejak dulu lagi).

“Kuncinya adalah jualan ayam daging yang kekal paling banyak laris, margin untung dari seekor tak banyak, tapi kuantiti jualan itu banyak.  

“Bila ayam dah jadi murah, ia buka ruang dan peluang perniagaan bagi rakyat. Maka bertambah gerai dan menu ayam seperti nasi ayam, ayam penyet, chicken chop, ayam gunting, mahupun sate ayam.  

“Oleh itu, ayam daging berjaya membina ekonomi rakyat melalui perniagaan berasaskan haiwan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.  

Menerusi sistem integrasi, Azhar menegaskan selain menghasilkan dedak buatan tempatan, syarikat utama industri penternakan haiwan berkenaan perlu mengeluarkan baka anak ayam sendiri yang mampu menjimatkan kos melalui penternakan secara kontrak.  

Maka, jelasnya, pengusaha akan mampu menghasilkan keuntungan menerusi cadangan tersebut tanpa perlu mengganggu, mahupun menggugat harga jualan di ladang agar pengguna kekal dan masih gemar membeli produk berasaskan ayam.  

“Syarikat ayam terokai pula produk tambah nilai, seperti potongan terpilih, ‘boneless’ (tanpa tulang), daging kisar, nugget, burger, frankfurter, drummet dan sebagainya. Lipat ganda lagi keuntungan. Modal dapat jimat sikit dengan import bahan daging ayam lebih murah jika diimport.

“Memang rakyat suka makan burger, nugget. Jika pendapatan dah baik dari produk tambah nilai, maka tak perlulah nak naikkan harga ayam bulat tinggi sangat. Ayam bulat tu dijadikan sebagai pelaris dan umpama tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada rakyat,” katanya.  

Mengulas lanjut, beliau menegaskan komoditi yang tidak mengalami kenaikan harga dengan melampau sejak lebih 30 tahun dulu adalah ayam daging, namun ketika ini harganya sudah meningkat mendadak.  

“Pemain utama industri ayam negara ini adalah sangat bijak. Mengekalkan dan menstabilkan harga ayam daging pada paras lebih rendah dari sumber protein berasas daging yang lain selama berdekad-dekad lamanya, berjaya mencuri hati rakyat.  

“Sehingga ke saat ini, pengambilan daging ayam per kapita naik ke tangga ketiga di dunia selepas USA dan Israel yang mana ia menghampiri 50 kilogram setahun,” katanya.  

Sementara itu, sekiranya syarikat industri ayam masih berdegil, beliau tidak menolak kemungkinan ayam tidak mampu lagi menjadi daya penarik untuk pengguna terus menjadikannya sebagai menu utama santapan keluarga.  

“Naikkan sedikit harga sahaja dah okay sebabnya, jualan bukan setakat puluhan ekor tetapi ratusan dan ribuan setiap sehari. Bila berlaku COVID-19 dan sengketa Russia-Ukraine, mata wang ringgit merudum memang logiklah dedak naik harga.  

“Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, sudah pasti pekerja asing balik ‘berjemaah’ kerana dah lebih dua tahun tak balik tengok keluarga dan anak isteri.

“Memanglah kos pengeluaran ayam naik. Ayam tidak boleh banyak dipelihara (banyak reban kosong) sebab tiada pekerja,” katanya.  

Azhar berkata, bila harga ayam naik, maka penternak dipersalahkan pelbagai pihak tanpa usul periksa teliti dan harga siling ayam daging pula, menekan penternak sehingga ada terpaksa gulung tikar.  

Beliau berkata, walaupun kerajaan memberi subsidi kepada penternak, sebenarnya tindakan berkenaan sudah terlalu lewat untuk dilaksanakan.  

“Tahu tak? Harga ayam daging di Malaysia ini adalah termurah di ASEAN walaupun sekitar 90 peratus bahan makanan ayam diimport. Harga sayur dah naik, daging naik dan hampir semua naik.  

“Apa taknya satu dunia hadapi inflasi. Tahap inflasi kita antara rendah di dunia. Bagaimanapun, inflasi makan adalah tinggi iaitu pada tahap 4.2 peratus.  

“Apa sebenarnya berlaku? Siapa mula buat kecoh pasal harga ayam daging ini? Adakah politikus? Adakah wartawan atau medsos (media sosial). 1001 barangan lain naik harga tapi yang dapat tumpuan tetap ayam daging,” luahnya.  

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kawalan harga siling ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak akan diteruskan berkuat kuasa bulan depan.

Subsidi minyak masak botol dimulakan pada Ogos 2021 adalah sebagai langkah sementara semasa COVID-19 yang dilanjutkan tiga bulan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pemansuhan itu dilaksanakan kerana ia disalahgunakan dan berlaku penyeludupan oleh pelbagai pihak, termasuk industri. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini