web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akhirnya, KPM Naikkan Elaun Warden Asrama Bermula Ogos Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 4:47PM

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju menaikkan kadar elaun bulanan warden asrama sebanyak 25 peratus, menjadikan bayaran baharu akan diterima ketua petugas itu adalah RM350, manakala warden RM300.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kali terakhir kadar elaun warden asrama terbabit disemak adalah pada 1997.

Menurut beliau, kenaikan itu akan mula berkuatkuasa pada 1 Ogos depan yang membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM19 juta.

“Ini adalah implikasi kewangan tambahan dalam konteks penambahbaikan yang akan dilaksanakan (oleh KPM).

“Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Kementerian Kewangan (MOF) di atas kelulusan diberikan kepada cadangan pihaknya untuk kedua-dua penambahbaikan itu,” katanya menerusi hantaran video di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Getaran melaporkan selain trend guru bersara awal, kadar elaun RM240 sebulan diterima warden asrama sekolah antara isu kerap dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

Masakan tidak, kadar elaun itu tidak pernah berubah sejak 25 tahun lalu apabila kali terakhir dinaikkan pada 1 April 1997.

Susulan itu, KPM digesa menyelesaikan isu kadar elaun warden asrama sekolah dengan segera.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, kadar elaun tersebut langsung tidak masuk akal ketika ini.

Katanya, disebabkan elaun terlalu rendah itu, ramai guru enggan memikul tanggungjawab sebagai warden asrama.

Sementara itu, Radzi memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan pertambahan sebanyak 3,813 bilangan warden di sekolah berasrama di bawah KPM.

Beliau berkata, pertambahan itu adalah peningkatan sebanyak 63 peratus daripada 6,055 warden dilantik ketika ini, menjadikan jumlah terkininya seramai 9,868 orang.

“Dengan peningkatan jumlah warden asrama ini, maka pergiliran jadual bertugas warden akan dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama di bawah KPM.

“Kementerian akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik portfolio warden asrama di sekolah berasrama bawah KPM,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global