web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kongsi Gelap Antarabangsa Suka ‘Pikat’ Rakyat Malaysia Jadi Scammer

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 7:00AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wisma Putra perlu memperkukuhkan koordinasi dengan Kemboja atau bersama negara lain yang membabitkan isu rakyat Malaysia terkandas di luar sempadan akibat ditipu sindiket kongsi gelap antarabangsa, sebelum ‘dikerah’ sebagai scammer atau melakukan penipuan atas talian.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan berkata, kerajaan perlu bertindak secara diplomatik agar memudahkan Kementerian Luar, membebaskan rakyat Malaysia yang diperangkap penjenayah antarabangsa, selepas terpengaruh melihat tawaran gaji lumayan.

Menurut beliau, kerajaan perlu memandang serius perkara itu agar niat rakyat Malaysia untuk merantau mencari rezeki halal di luar negara, tidak menjerat mereka, sehingga menjadi mangsa penderaan dan dijual sindiket perjudian serta penipuan.

“Sebab itu PKR rasa ia perlu diketengahkan dan ditunjukkan keadaan sebenar betapa teruknya nak ke luar negara untuk mencari kerja halal, sehingga mereka ditipu, diseksa. Sudah tiba masanya Kementerian Luar ambil tindakan sewajarnya. Kita mahu tahu data terperinci berapa ramai rakyat kita menjadi mangsa.

“Saya yakin perkara ini harus ditangani sebaik mungkin dan mengharapkan Wisma Putra bertindak pantas, seperti dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang di Kedutaan Kemboja,” katanya kepada media ketika ditemui di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan PKR di Taman Pelangi di sini, hari ini.

Turut hadir, Chong Siang dan Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing.

Zahir menegaskan, pendedahan Chong Siang bahawa lebih 100 rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara akibat terpengaruh dengan sindiket terbabit, membuktikan jenayah itu harus dibanteras sepenuhnya agar negara tidak lagi menjadi sasaran kongsi gelap.

“Jadi scammer ini bukan perkara kecil, ini isu perlu diketengahkan dengan berhati-hati. Persoalannya di sini, berapa nilai warganegara kita kerana mereka siap tawarkan jumlah agar rakyat kita boleh dilepaskan. Itu sebab kita nak tahu kedudukan Kementerian Luar untuk tanganinya.

“Kerajaan perlu proaktif, permulaan bincang dengan semua kedutaan isu ini. Sebagai contoh, kalau ADUN Teruntum boleh jumpa mangsa dalam tiga hari, ini bermaksud pihak kedutaan mampu peroleh maklumat. Saya kira kalau kerjasama dengan baik, isu boleh diselesaikan, kalau (ambil) remeh ia akan sukar,” katanya.

Sementara itu, dalam keghairahan mencari peluang pekerjaan di luar negara dengan tawaran gaji lumayan, Kar Hing menyeru orang ramai melakukan pemeriksaan terperinci bagi mengelak ditipu pihak yang menyamar sebagai ejen pekerjaan.

Beliau yang juga ADUN Simpang Pulai berkata, ketika negara berdepan keadaan ekonomi tidak menentu, ramai rakyat Malaysia mahu bekerja di negara asing kerana tawaran dan kadar tukaran mata wang lebih tinggi, berbanding Ringgit Malaysia (RM).

“Saya pernah terima modus operandi kes seperti ini di Myanmar yang menyaksikan keluarga terlalu bimbang sehingga terpaksa membayar untuk membebaskan anaknya dan kini dia sudah pulang ke Malaysia.

“Lantaran itu, PKR mahu kerajaan ambil tindakan sewajarnya. Saya yakin mereka (kerajaan) ada kemampuan untuk mendapatkan maklumat rakyat kita yang terkandas di negara lain akibat ditipu sindiket perjudian dan penipuan,” katanya.

Mengulas seruannya untuk orang ramai melakukan pemeriksaan teliti terlebih dahulu, Kar Hing mencadangkan agar mereka memeriksa sendiri bakal majikan menerusi Internet, selain hubungi pengurusan syarikat itu dan bertanya sama ada mereka memerlukan pekerja atau tidak.

“Dalam keadaan sekarang, ramai ingin bekerja, namun banyak pihak bijak mengambil kesempatan. Jadi kami berharap orang ramai, khususnya anak muda lebih berhati-hati dan jangan menjadi mangsa penipuan,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan