web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Perlu Buktikan Beliau Berbeza Dengan Zahid, Najib - Wan Saiful

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 4:55PM

Wan Saiful (kanan) memasukkan daging korban ke dalam plastik untuk diagihkan kepada penduduk di Kampung Machang, Jitra, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membuktikan bahawa beliau berbeza dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpalit dengan isu-isu integriti sebelum ini.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Ismail Sabri berpeluang berbuat demikian dengan segera melaksanakan setiap perjanjian yang pernah dimeterai, termasuk pelantikan Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, Ismail Sabri juga perlu menjawab persoalan, mengapa beliau tidak melaksanakan tanggungjawab untuk melantik Timbalan Perdana Menteri selain mengotakan lagi beberapa perkara yang turut dimaktubkan dalam perjanjian itu.

“Di pihak Perikatan Nasional (PN), kita telah melaksanakan segala apa yang dijanjikan dalam dokumen tersebut tetapi di pihak lain, Ismail Sabri perlu beri justifikasi mengapa perkara dijanjikan tidak dilaksanakan.

“Selain soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri, ada lagi beberapa perkara lain yang dimaktubkan dalam perjanjian itu.

“Jadi Perdana Menteri kena buktikan beliau adalah pemimpin UMNO yang berbeza dari Ahmad Zahid serta Najib dan jangan nanti, beliau dikategorikan memiliki acuan sama dengan kedua-dua pemimpin itu,” katanya.

Wan Saiful menyatakan demikian kepada media selepas menyempurnakan ibadah korban bersama masyarakat penduduk Kampung Machang, Jitra, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, isu yang sepatutnya ditanyakan bukanlah mengapa baru sekarang jawatan itu dituntut sebaliknya mengapa perjanjian itu tidak dilaksanakan sejak ia dimeterai dulu.

“Persoalan sebenar yang sepatutnya ditanyakan adalah mengapa perjanjian itu tidak dilaksanakan pada masa ia ditandatangani?

“Dan setelah ditandatangani pula, berlaku beberapa situasi di mana jawatan dipegang pemimpin PN yang tamat atau ditamatkan, tidak diganti oleh orang PN juga sebaliknya ‘dirompak’ dengan rakusnya oleh UMNO.

“Contohnya ada beberapa anak syarikat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang mana tarikh kontrak individu tertentu belum pun luput tetapi telah ditamatkan dan diganti pemimpin dari UMNO. Ini jelas melanggar perjanjian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu Wan Saiful sekali lagi mengakui tidak memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kontrak saya tamat pada 17 Jun lalu dan setakat ini difahamkan pengerusi baharu belum lagi dilantik.

“Ketika ini saya berniat untuk fokus lebih kepada persediaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sebab itu saya tak bising-bising sangat atau terlalu sebut mengenai jawatan PTPTN itu kerana dan sampai masanya untuk kita fokus kepada pilihan raya,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad