web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bon Odori Tetap Meriah, Kontroversi Tak Halang Pengunjung Berhibur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 8:46PM

Festival Bon Odori tetap disambut meriah walau pernah terpalit kontroversi. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Di sebalik amaran untuk umat Islam menjauhi Festival Bon Odori, ribuan pengunjung tetap memenuhi perkarangan Kompleks Sukan Shah Alam hari ini pada acara pembukaan festival terbabit.

Masyarakat berbilang bangsa dan agama dengan sesetengah daripada mereka mengenakan busana kimono dan yukata iaitu pakaian tradisional Jepun, dilihat sabar menunggu untuk memasuki stadium yang mula dibuka pada jam 4.30 petang tadi.

Lalu lintas menuju ke stadium tersebut juga sesak malah pengunjung juga sukar mendapatkan parkir walaupun perkhidmatan shuttle percuma disediakan dari stesen komuter KTM berdekatan.

Terdapat pelbagai gerai dibuka dengan menawarkan juadah tradisi Jepun di sekeliling stadium untuk pengunjung.

Turut kelihatan ialah pengunjung luar negara dan ekspatriat yang hadir bersama keluarga untuk berhibur di festival terbabit sempena cuti hujung minggu. 

Festival Bon Odori tahun ini mengukir sejarah 30 tahun sejak dasar Pandang Ke Timur diwujudkan, sebagai usaha memodenkan sektor perindustrian dan meningkatkan ekonomi negara.

Bagaimanapun, festival tersebut terpalit kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad menasihatkan agar ia tidak disertai umat Islam kerana dikatakan mengandungi unsur keagamaan.

Nasihat tersebut kemudiannya menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat, khususnya di media sosial sehingga mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda kemudian menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tidak menghalang festival tersebut berlangsung.

Pada masa sama, baginda turut memberi amaran kepada Idris untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat, hingga menjejaskan imej Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain mencadangkan supaya beliau menghadiri sendiri perayaan tersebut.

Sultan Sharafuddin juga menitahkan pegawai JAIS dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menghadiri program tersebut bagi melihat sendiri konsep perayaan itu. - The Vibes, 16 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penganjur George Town Festival Mohon Maaf, Tarik Balik Video Kontroversi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Tunku Ismail Rasmi Festival Perarakan Chingay 2024

4

Sukan 9 bulan yang lalu

MBSA Beri Kebenaran Roboh Stadium Shah Alam - Amirudin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka