web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


MH17: Ukraine Teguh Dengan Komitmen Dapatkan Kebenaran, Keadilan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 5:56PM

Pesawat Boeing 777 MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila ia ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ukraine sentiasa berpegang teguh pada komitmen untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan berkaitan insiden pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh.

Kementerian Ukraine dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan negara itu berkeyakinan penuh terhadap prosiding yang bebas, terbuka dan telus oleh pendakwaan kebangsaan Belanda dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Justeru, beliau menggesa semua negara dan pihak yang terlibat untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap prosiding itu selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014)

“Proses kehakiman yang menyeluruh mesti dilakukan untuk mendapatkan kebertanggungjawaban penjenayah dan menuntut keadilan bagi mangsa dan waris MH17,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Twitter sempena memperingati ulang tahun kelapan tragedi MH17.

Pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila ia ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine. Mengorbankan 298 penumpang termasuk kru pesawat itu. 

Ukraine turut mengulangi rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh waris dan insan tersayang mangsa nahas penerbangan MH17.

“Pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine sudah pasti mengembalikan detik menyakitkan kepada keluarga dan insan tersayang mengenai tragedi MH17. 

"Walaupun mereka yang pergi tidak akan kembali atau dapat mengubat kesedihan serta keperitan yang dialami seluruh keluarga mangsa, namun penting untuk kita meneruskan kebertanggungjawaban dan memastikan tragedi sama tidak akan berulang," menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Sedekad Berlalu Tragedi MH17, Keadilan Akan Terus Dituntut

3

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

4

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

oleh Ian McIntyre

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 1 hari yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor