web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Kemuka Borang LHDN, Lelaki Disyaki Bekas Ahli 'Geng Nicky' Didenda RM4,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 11:53AM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki disyaki bekas ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng Nicky', didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin kerana gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Lee Han Keat didakwa gagal mengemukakan borang untuk tahun taksiran 2015 sehingga 2018 mengikut tempoh yang ditetapkan Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid mengenakan denda itu terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah terhadap kesemua empat pertuduhan.

Menurut fakta kes yang diterima Getaran hari ini, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan untuk setiap pertuduhan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Han Keat membayar kesemua denda.

Tertuduh diwakili oleh Datuk Rajpal Singh serta Tiew Poh Nee manakala kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Nur Ainaa Ridzwan dan Adip Sabir Abdullah. 

Terdahulu, Nur Ainaa Ridzwan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar mampu memberi pengajaran kepada orang ramai dan diri tertuduh sendiri.

Menurutnya, ini supaya orang awam tidak memandang rendah kesalahan gagal mengemukakan borang nyata cukai yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara.

"OKS (orang kena saman) telah cuai untuk mengemukakan borang penyata cukai selama 4 tahun iaitu bagi tahun taksiran 2015 hingga tahun taksiran 2018 dan kecuaian ini berlaku dalam tempoh yang sangat lama," katanya. 

Bagaimanapun, Rajpal menerusi hujahnya memaklumkan, Han Keat gagal menghantar borang nyata cukai kerana berada di dalam penjara bermula 2014 hingga Mac 2017. 

Jelasnya, Han Keat juga telah pergi ke China bagi mencari pekerjaan pada April 2017 dan hanya pulang ke Malaysia pada akhir 2018. 

"OKS fikir tiada keperluan untuk mengemukakan borang penyata cukai apabila tiada pendapatan. OKS telah insaf dan menyesal atas perbuatan serta berjanji akan mengemukakan borang penyata cukai selepas ini.

"OKS mohon peluang kedua dan pengakuannya menjimatkan masa, tenaga serta kos mahkamah dan awam," katanya. 

Lima tahun lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya melepaskan Han Keat dan 13 individu lain termasuk dua adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai 'Geng Nicky'. 

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara membebaskan mereka selepas peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili 13 individu berkenaan memaklumkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi semua perayu supaya dibebas sepenuhnya daripada pertuduhan berkenaan. 

Hakim Datuk Abd Halim Aman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon agar semua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan kerana pendakwaan berhasrat untuk meneruskan pertuduhan terhadap semua tertuduh pada masa akan datang. - Getaran, 22 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gagal Kemuka Borang LHDN, Seorang Lagi Ahli ‘Geng Nicky’ Didenda

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Geng Nicky: 14 Individu Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah Tinggi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pembantu Peribadi Nicky Liow Didakwa Ubah Wang Haram, Kemuka Cukai Pendapatan Tidak Tepat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

12 Pegawai Penguat Kuasa Disyaki Terlibat Geng Nicky Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global