web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Perlu Reda, Syukuri Nikmat Lain Dalam Hidup - MB Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 3:30PM

Muhammad Sanusi (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Isahak Murat mengenai pembinaan rumah baharu bagi 12 keluarga yang terlibat dengan tragedi aliran puing di Baling, bulan lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Tidak hanya meminta mangsa tragedi aliran puing bulan lalu supaya reda dengan ketentuan Ilahi, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor turut menasihatkan golongan berkenaan supaya bersyukur dengan kurniaan Allah yang lebih banyak dalam kehidupan mereka.

Nasihat tersebut diungkapkannya hanya sehari sebelum genap sebulan tragedi mengorbankan tiga nyawa itu berlaku, ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Bagi Mangsa Tragedi Baling, di Kampung Sadek, dekat sini, hari ini.

“Selain telah berusaha sedaya-upaya mungkin untuk memulihkan kehidupan semua, saya juga hanya mampu menasihati tuan-tuan dan puan-puan untuk sentiasa reda serta bersyukur di atas kurniaan Allah yang lebih banyak dalam sektor lain.

“Mungkin diuji dalam keadaan ini, tetapi nikmat yang diberi juga terlalu banyak untuk kita syukuri.

“Kita dipilih Allah untuk menghadapi ujian ini dan marilah kita sama-sama menghadapinya sebagai hamba yang sentiasa mengingati akan nikmat yang telah kita lalui sepanjang kehidupan ini,” katanya.

Meskipun tragedi tersebut telah sebulan berlalu, penduduk kampung terlibat masih belum mampu menarik nafas lega memandangkan arus deras sering berlaku di Sungai Kupang setiap kali hujan lebat.

Malah kejadian banjir kilat juga sudah dua kali berlaku sejak 4 Julai lalu termasuk petang semalam, yang memaksa dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan sembilan keluarga terdiri daripada 34 mangsa.

Muhammad Sanusi menambah, dalam al-Quran, Allah telah menyebutkan tidak kurang daripada 70 kali perkataan reda dan berlapang dada.

“Perkara itu berkait dengan iman iaitu sejauh mana kita menerima ketentuan ditakdirkan.

“Ingatlah juga bahawa di sebalik sesuatu takdir, ada terkandung hikmah iaitu kebaikan untuk diri kita jika sabar dan reda,” katanya.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Muhammad Sanusi berkata, laporan diterimanya dari pihak berwajib mengesahkan, tidak ada satu pun kolam untuk kegunaan ladang Musang King di Gunung Inas, pecah iaitu punca kejadian seperti didakwa banyak pihak sebelum ini.

Menurutnya, dakwaan yang timbul itu hanyalah ‘usikan’ daripada netizen kepada orang ramai menggunakan fakta tidak benar.

Ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang menyatakan terdapat satu kolam pecah hingga membawa kepada berlakunya kejadian itu, Muhammad Sanusi meminta supaya perkara tersebut ditanyakan terus kepada Tuan Ibrahim.

“Itu menteri yang cakap dan bukannya saya, jadi kena tanya menteri tersebutlah.

“Ayat atau istilah awal digunakan menteri adalah ‘kemungkinan’ tetapi tiada siapa peduli perkataan ‘kemungkinan’ diungkapkan menteri berkenaan.

“Kalau ikut pakar yang mengemukakan laporan kepada agensi diketuai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA), kejadian itu bukan disebabkan Musang King dan kolamnya pun tidak pecah,” katanya.

Dalam pada itu ketika menjawab soalan wartawan mengenai perancangan jangka pendek bagi mengelakkan kejadian banjir kilat berulang, Muhammad Sanusi berkata langkah yang boleh diambil adalah berdoa kepada tuhan agar tidak diturunkan banjir di Baling.

“Semua ini Allah bagi dan kita tak tahu nak agak. Nak buat lagu (macam) mana?

“Nak atasi banjir jangka pendek, negeri maju pun tak boleh buat.

“Tetapi untuk jangka masa panjang, ada banyaklah yang diumumkan KASA tempoh hari termasuk tebatan banjir berjumlah lebih RM160 juta,” katanya. - Getaran, 3 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi