web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Pelajar MRSM Kuantan Dikhianat: Tidak Wujud Sebarang Unsur Gengsterisme - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 5:09PM

Pengesahan itu berdasarkan siasatan awal pihaknya selepas mendapatkan laporan daripada sekolah dan ibu mangsa. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tidak wujud sebarang perbuatan khianat dan ‘budaya gengsterisme’ membabitkan pelajar perempuan yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuantan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pengesahan itu berdasarkan siasatan awal pihaknya selepas mendapatkan laporan daripada sekolah dan ibu mangsa.

“Pihak polis mengambil tindakan merakam percakapan pihak berkaitan seperti guru, pelajar, ibu bapa pelajar dan ibu mangsa bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian terbabit. Kes ini masih disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan kerana melakukan (perbuatan) khianat,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Sementara itu, ditanya dakwaan pihak tertentu bahawa perbuatan terbabit disebabkan mangsa mempunyai gejala masalah kecelaruan personaliti (personaliti disoder), Wan Mohd Zahari memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci.

“Perkara (dakwaan mangsa ada gejala gangguan personaliti narsistik atau NPD dan tidak mahu menetap di asrama), sedang disiasat dan diteliti pihak polis,” katanya.

Lantaran itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang perkongsian di media sosial sebelum mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.

“Perkara terbabit perlu agar sebarang hantaran perkongsian mengenai dakwaan itu tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna media sosial dikenali Nazrah Mohamed meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran MRSM Kuantan yang dikatakan lemah dalam menyelesaikan permasalahan anaknya yang didakwa menjadi mangsa perbuatan khianat dan gengsterisme.

Bagaimanapun, seorang pengguna dikenali sebagai Naqib Martinie di platform media sosial sama menegaskan mangsa adalah seorang psikopat.

“(Kes) MRSM Kuantan, usaha dilakukan pembuli untuk melakukan ini adalah sangat mengagumkan. Psikopat dalam pembikinan. Kemas kini itu adalah plot twist bukan kes buli,” katanya.

 

MRSM Kuantan: The effort that the bully took to do this was very astounding. Psychopath in the making. Update: Plot twist. Bukan kes buli. (Source: Astro Awani - https://fb.watch/eVmHErle-U/)

Posted by Naqib Martinie on Sunday, August 14, 2022

Rata-rata netizen senada dengan Naqib sehingga ada yang memaklumkan bahawa mangsa mempunyai gejala kecelaruan personaliti apabila mendakwa segala perbuatan buli itu adalah lakonan sendiri.

“Yang kes ni mangsa tu adalah pelaku dari apa yang aku baca. Punca dia sebab tekanan (depression) dan dia memberontak, wallahualam,” respon seorang pengguna.

“Mangsa itu pelaku sendiri, kecelaruan identiti. Kesian dia, kalau pindah sekolah pun semua orang dah tau. Saya percaya pihak sekolah dah cuba jaga aib dan ambil tindakan, tapi itulah maknya cepat sangat nak viral,” kata pengguna lain. - Getaran, 16 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan