web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sidang Dewan Rakyat Catat Sejarah, 25 RUU Dilulus – Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 8:03PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Sidang Dewan Rakyat kali ini mencatat sejarah apabila 25 Rang Undang-Undang (RUU) berjaya diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kesemua 25 RUU berkenaan berkait rapat dengan kestabilan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat.

Menurut beliau, ia mencakupi pelbagai aspek termasuk kewangan, pertanian, industri makanan, sumber manusia, pelancongan, jenayah, kehakiman, pertahanan dan kepolisan.

“Antaranya undang-undang yang dianggap mempunyai kepentingan kepada semua rakyat dan negara seperti RUU Pindaan Perlembagaan Larangan Ahli Bertukar Parti turut diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata, antara RUU terlibat adalah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 di bawah Kementerian Dalam Negeri; Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 juga dibawah Kementerian Dalam Negeri.

“Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 di bawah Jabatan Perdana Menteri, Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, RUU Antigangguan Seksual 2021 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Akta Racun (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia; Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Sumber Manusia, Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Sumber Manusia dan RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 juga kementerian sama,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata, sidang dewan juga menyaksikan perbahasan lapan daripada sembilan usul yang dibawa, dengan satu daripadanya dibahas di Dewan Negara.

“Usul berkenaan ialah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Dewan Negara pada 27 Julai,” katanya.

Jelas Wan Junaidi, pembentangan terbabit adalah selaras dengan akta itu sendiri.

"Semua RUU yang diluluskan akan menjalani proses yang sewajarnya sebelum ia dapat dikuatkuasakan melalui undang-undang dan penguatkuasaan,” katanya. – Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang