web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hukuman Lebih Tegas Kepada Penyebar Bahan Pornografi Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 3:09PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa kerajaan untuk menggubal atau meminda hukuman lebih tegas terhadap individu yang terlibat dengan perbuatan menonton atau penyebaran bahan pornografi kanak-kanak.

Ketua Pemudanya, Naim Brundage berkata, ini kerana menerusi dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 106,764 alamat Protokol Internet (IP) yang berdaftar di negara ini terlibat dengan perkongsian bahan lucah melibatkan golongan tersebut.

Katanya, hal ini adalah sesuatu perkara yang membimbangkan serta memerlukan tindakan pantas daripada kerajaan dalam menanganinya.

“Golongan kanak-kanak ini merupakan antara yang paling terdedah, sekali gus segala usaha harus diambil bagi melindungi mereka.

“Jadi, penglibatan dan usaha oleh semua pihak termasuk daripada ibu bapa, guru-guru sehinggalah agensi penguat kuasa, diperlukan bagi membendung masalah ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Naim Brundage
Naim Brundage

Jelas beliau, perbuatan itu turut boleh mewujudkan kelakuan negatif lain seperti sikap agresif dan juga tekanan kepada diri.

“Mungkin tidak semua tahu bahawa pornografi kanak-kanak boleh mendorong kepada pelbagai masalah lain, termasuk ketagihan seks yang akan meletakkan setiap kanak-kanak dalam bahaya,” katanya.

Beliau berkata, dengan ledakan teknologi terkini di alam maya, terdapat sekurang-kurangnya 500,000 laman sesawang dan 370 juta laman yang menyebarkan bahan lucah itu.

“Ada laporan mendapati pada setiap saat, lebih 30,000 pengguna internet melayari laman pornografi, manakala 68 juta pengguna lagi melakukan carian bahan lucah setiap hari.

“Dengan kemudahan teknologi yang begitu pesat, pornografi di internet sangat mudah diakses, murah dan identiti penggunanya tidak terdedah kerana terlindung di sebalik media sosial, e-mel dan aplikasi mudah alih,” katanya.

Ujarnya lagi, tidak dinafikan manfaat daripada internet terlalu banyak tetapi ia turut mempunyai elemen negatif.

Susulan itu beliau berkata, kerajaan harus memperkasakan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) serta Unit Siasatan Jenayah Terhadap Kanak-Kanak (MICAC) bagi membendung jenayah ini dengan lebih berkesan.

“Aktiviti melayari internet, termasuk memuat naik dan memuat turun bahan pornografi kanak-kanak di negara ini semakin meningkat saban tahun.

“Kita perlu bertindak sebelum terlambat kerana berdasarkan maklumat diperoleh D11, kerana ini sememangnya trend yang sangat membimbangkan,” katanya. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang