web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Sindiket Kerja Luar Negara Terus Merana, Kerajaan Digesa Bertindak Segera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 8:53PM

Goi Chee Kong (kanan) dan isteri, tidak mahu nasib yang menimpa anak sulung mereka, Zhan Feng, 23, yang menjadi mangsa sindiket penipuan kerja, berulang. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memperkukuh koordinasi dengan pihak antarabangsa berhubung isu rakyat Malaysia terkandas di luar negara, selepas ditipu sindiket pekerjaan dan dipaksa melakukan ‘kerja haram’.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim mendedahkan, pihaknya menerima aduan daripada pihak tertentu yang memohon bantuan selepas ahli keluarga mereka menjadi mangsa sindiket itu, khususnya membabitkan penipuan di Myanmar, Laos dan Kemboja.

Katanya, tindakan dilakukan sindiket itu jelas pelanggaran hak asasi manusia dan sistem penghambaan moden yang menjadi satu daripada bentuk pemerdagangan manusia ketika ini.

“MHO berasa terpanggil untuk menyuarakan pandangan dan gesaan kepada kerajaan dalam menangani isu sindiket penipuan kerja ini, antaranya Wisma Putra dapat menghantar wakil ke negara berkenaan, iaitu Myanmar, Laos dan Kemboja.

“Pada masa sama, MHO juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri meletakkan tekanan mengenai isu itu semasa Persidangan Asia (ASEAN Conference) dan mengambil tindakan diplomatik dengan negara tersebut, sekiranya perkara ini berpanjangan serta gagal diselesaikan,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Lantaran itu, Hishamuddin menggesa Kementerian Luar melaksanakan siasatan segera mengenai jenayah dilakukan sindiket terbabit yang menjerat rakyat Malaysia ke kancah pekerjaan haram.

“Seterusnya (Kementerian Luar) menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan kerja di Myanmar, Laos dan Kemboja tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, hasil pendedahan keluarga, Hishamuddin berkata, mangsa diperdaya sindiket itu dengan pelbagai janji dan modus operandi, termasuk menawarkan gaji lumayan.

“Apabila berada di sana, mereka ini akan disuruh bekerja secara paksa, diugut dan diseksa sindiket tersebut. Setakat ini dimaklumkan anggaran lebih kurang 170 orang rakyat Malaysia menjadi mangsa dan masih terperangkap di sana. 

“Terdapat antara mangsa di sana dipercayai dijual semula kepada agen atau syarikat lain, malah ada pihak menjual mereka dari satu negara ke negara lain.

“Mereka dipaksa melakukan pekerjaan haram, seperti menjadi scammer, judi dalam talian dan diugut, dipukul serta dijual sekiranya tidak mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Lebih membimbangkan, beliau berkata, sindiket itu menuntut wang pampasan antara RM50,000 hingga RM100,000 daripada mangsa, sekiranya ingin dilepas atau dihantar pulang ke negara asal.

Jelasnya, walaupun perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa di negara berkenaan, malangnya tiada tindakan seolah-olah sindiket itu mempunyai pengaruh kuat.

“Perkara ini berlanjutan menyebabkan hidup mangsa dalam keadaan amat tertekan dan sebilangan daripada mereka gagal dikesan, hilang jejak daripada ahli keluarga. Itu membimbangkan kerana ahli keluarga mereka tidak mengetahui keadaan atau keselamatan mangsa di sana.

“Terdapat juga ahli keluarga mangsa membuat laporan polis dan meminta bantuan kerajaan Malaysia dan pihak kedutaan di negara tersebut, tetapi tiada keputusan positif diterima dengan tindakan yang diambil tidak mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, pihaknya akan mengemukakan memorandum berhubung perkara itu agar kerajaan, khususnya Kementerian Luar dapat membantu sebaiknya warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket kerja di luar negara. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Sindiket Bitcoin Didalangi Warga China Tanpa Dokumen Tumpas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan