web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waspada Air Pasang Besar Mulai Esok Hingga Disember, Bawa Risiko Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 10:17AM

Situasi air pasang besar di Tanjung Karang tahun lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk daerah Klang dinasihatkan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang akan berlaku mulai September hingga Disember ini.

Jurucakap Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerusi satu hebahan di Facebook memaklumkan fenomena itu boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban.

Katanya, paras air laut tertinggi iaitu 5.5 meter (m) di Stesen Pelabuhan Klang dijangka berlaku pada Isnin depan pada jam 7.18 pagi.

"Pada 11, 13 dan 28 September, paras air laut setinggi 5.4m sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi.

“Pada 4, 27 dan 29 September pula, paras air laut pada 5.3m sekitar jam 6.52 pagi hingga 8.16 pagi," katanya.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

“Sekiranya terdapat laporan berhubung kejadian bencana, warga Klang boleh menghubungi talian kecemasan seperti PDT Klang di talian 010-8691067 atau 03-33716700.

Katanya, Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai esok.

“Orang ramai digalakkan untuk bersedia dengan beg kecemasan bencana (Ready2Go) di rumah masing-masing.

“Beg kecemasan itu perlulah dilengkapi wisel, lampu suluh, air minuman, tuala atau pakaian, dokumen penting, kit kebersihan, wang tunai dan telefon bimbit,” katanya.

Pada 17 Disember lalu, beberapa kawasan termasuk laluan utama di Pelabuhan Klang dilanda banjir kilat.

Ramai pengguna media sosial turut berkongsi mengenai kesesakan teruk di banyak jalan utama di Pelabuhan Klang berikutan kejadian banjir kilat berkenaan. - Getaran, 10 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Kelar Isteri: Suami Didakwa Tuduhan Bunuh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berhati-Hati Memilih Perkhidmatan Badal Haji

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Tragedi Pesawat Ringan: Identiti 2 Mangsa Dikenal Pasti - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka