web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Helikopter Terputus Hubungan Tak Buat Panggilan Kecemasan, Hilang Pada Ketinggian Mendadak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2022 6:35PM

Pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan kira-kira jam 12.16 tengah hari, dengan lokasi terakhir dilaporkan adalah di sekitar kawasan hutan dekat Bidor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dilapor hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) tengah hari tadi, dikendalikan Heli Outpost Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chester Voo berkata, helikopter jenis/model helikopter Eurocopter EC120B itu didaftarkan dengan nombor N409HH.

“Sistem radar di KLATCC merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit.

“Pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang, bagaimanapun tiada panggilan kecemasan dibuat,” katanya hari ini.

Chester berkata, semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada satu minit.

“Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC sudah segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu.

“Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang terputus hubungan dengan KLATCC, sebelum dilaporkan hilang oleh CAAM.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan kira-kira jam 12.16 tengah hari, dengan lokasi terakhir dilaporkan adalah di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. – Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: Tiada Penglibatan Dalang Setakat Ini - Imigresen

3

Semasa 7 bulan yang lalu

86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Tahanan DTI Lari: Tambahan 100 Anggota JIM, PGA Digerakkan Pagi Ini - Ruslin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang