web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan Hanya Kerajaan Dominasi Kaum Melayu Terpalit Rasuah - Lam Thye

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2022 8:48PM

Masyarakat harus sedar hakikat bahawa potensi amalan melakukan rasuah hadir merentasi semua lapisan masyarakat, jurang jantina dan kaum - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rasuah tidak hanya terhad kepada kerajaan yang didominasi pemimpin Melayu, kerana ia turut berlaku dalam kalangan kaum lain.

Menyangkal dakwaan itu, aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masyarakat harus sedar hakikat bahawa potensi amalan melakukan rasuah hadir merentasi semua lapisan masyarakat, jurang jantina dan kaum.

Menurutnya, orang ramai seharusnya mengetahui keburukan rasuah yang menyebabkan kenaikan kos perkhidmatan kepada rakyat, walaupun pada hakikatnya mereka adalah pembayar cukai paling setia.

Lee Lam Thye - Gambar Fail
Lee Lam Thye - Gambar Fail

"Amalan rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Individu menawarkan rasuah sama bersalahnya dengan orang yang menuntutnya.

"Justeru, penting untuk membawa kedua-dua pihak ke muka pengadilan kerana ia memerlukan dua pihak untuk saling bekerjasama dalam menangani isu rasuah ini," katanya hari ini. 

Terdahulu, pada majlis pelancaran buku 'Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu; Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika', Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara. 

Titah baginda, rasuah juga mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelabur asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga serta mendorong berlakunya ketidakstabilan politik.

Sultan Nazrin bertitah, rasuah ialah penyakit bersifar barah dalam masyarakat, yang menjalar sedikit demi sedikit, merosakkan satu persatu organ organisasi sehingga akhirnya melumpuhkan dan membawa maut, jika dibiarkan merebak tanpa disegerakan rawatan kimoterapi.

Sultan Nazrin Shah bertitah, gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara - Gambar Fail
Sultan Nazrin Shah bertitah, gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara - Gambar Fail

Baginda bertitah, daripada 180 negara dinilai oleh Transparency International, Malaysia jatuh dari kedudukan ke-57 dengan skor 52 pada 2020, ke kedudukan ke-62 dan mencatat skor 48 pada tahun lepas, sekali gus diletakkan dalam kelompok yang mencapai skor di bawah 50.

Mengulas titah Sultan Nazrin, Lam Thye berkata, amaran daripada baginda mengenai ancaman rasuah terhadap negara adalah sesuatu yang sangat berani serta tepat pada masanya.

Menurut beliau, Sultan Nazrin dilihat memberi petunjuk bahawa jika trend rasuah tidak diatasi, ia mampu membawa negara ke jalan berliku dan menuju kepada kehancuran.

“Seperti yang baginda katakan, rasuah adalah satu daripada punca orang ramai dinafikan akses mereka dalam penyampaian perkhidmatan, pengagihan kekayaan yang tidak adil dan ketirisan sumber negara yang tidak dapat dipulihkan.

“Ini akan membawa kesan kepada ekonomi, kehilangan keyakinan pelabur asing, dan ketidakstabilan politik, yang menyebabkan berlakunya kegagalan,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan Lam Thye berkata, terdapat keperluan buat kerajaan menerapkan nilai sejagat yang kukuh dalam diri pemimpin negara pada masa depan, selain menggunakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam amalan rasuah. 

"Kita mesti bermula di sekolah. Kita mesti mengajar anak-anak kita sejak usia muda, mengenai kepentingan dan nilai kejujuran. 

"Pada masa sama, terapkan integriti serta akibat yang boleh berlaku daripada aktiviti penipuan dan ketidakjujuran,” katanya. - Getaran, 24 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global