web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangkang Celaru Dan Pelik, Mengata Dulang Paku Serpih - Zahid Hamidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 10:25AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan pembangkang di negara ini disifatkan bercelaru dan pelik, apabila bertindak menyenaraikan 10 menteri kerajaan yang disifatkan sebagai gagal.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, amat membingungkan apabila pembangkang boleh berbuat demikian tetapi pada masa sama, membantah cubaan untuk menyerahkan mandat kepada rakyat bagi membentuk kerajaan.

Menurut beliau, logik dipegang blok berkenaan ialah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sepatutnya diadakan agar kesemua menteri yang didakwa sebagai gagal itu boleh menumpukan kepada tugasan hakiki mereka iaitu menjaga kebajikan rakyat.

“Bagaimanapun kita memahami dengan jelas, tidak semua yang dipropagandakan kepada menteri gagal itu adalah benar kerana ia bermotifkan politik pembangkang.

“Sebenarnya, kepelikan dan kecelaruan ini terjadi ekoran pembangkang amat takut untuk berdepan PRU15 kerana tahu mereka sedang ditolak oleh rakyat, tetapi dalam masa sama mahu terus menjadikan kerajaan campuran sebagai punching bag bagi menyebarkan kebencian, menyebabkan mereka ‘cakap tak serupa bikin’,” katanya menerusi ciapan di Twitter, malam tadi.

Kenyataan dibuat Zahid itu merujuk kepada dakwaan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menyenaraikan 10 menteri disifatkan sebagai gagal, beberapa hari lalu.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kecelaruan pembangkang sebenarnya sudah terserlah sejak gabungan terbabit mendakwa, kestabilan politik telah dibentuk di Malaysia kerana memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

“Selepas menjalin MoU, semakin kuat pula memburuk-burukkan kerajaan malah berusaha menggagalkan usul kerajaan di Parlimen.

“Pembangkang malah menolak tawaran kerjasama bagi berkongsi idea dengan pasukan khusus menangani inflasi yang ditubuhkan oleh kerajaan,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, pembangkang tidak sepatutnya ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia pula yang lebih’ berhubung soal kegagalan.

“Menuduh orang lain gagal, tetapi mereka sebenarnya yang gagal apabila menyebabkan ekonomi negara merudum semasa menjadi tampuk kerajaan.

“Ekonomi pada zaman BN semakin bertumbuh dan bantuan kepada rakyat semakin bertambah sebelum berubah menjadi regresif selepas PRU14,” tegasnya.

Pembangkang sejurus menguasai kerajaan katanya, mengubah dasar ekonomi negara dan meminta rakyat berkorban, termasuk dengan mengikat perut akibat kegagalan yang telah dilakukan.

Justeru, satu-satunya pilihan yang ada untuk rakyat jelas Zahid, adalah mengembalikan dan mengabsahkan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh dengan memilih BN pada PRU15.

“Pada 2008 walaupun terdapat krisis kewangan global, ekonomi Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan BN mencatatkan pertumbuhan yang baik.

“Kerajaan BN pernah melakukannya, Insya Allah kerajaan BN mampu melakukannya sekali lagi jika negara berdepan kegawatan ekonomi dunia yang diramalkan tahun depan,” katanya. - Getaran, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah