web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mesej Kanak-Kanak Diculik Untuk Organ Berita Palsu, Tersebar Sejak 2017 – PDRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 7:46PM

Semakan polis mendapati mesej berkenaan mula tersebar sejak 2017 dan diulang siar di beberapa platform media sosial - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mesej berkisar penculikan kanak-kanak bagi tujuan penjualan organ seperti yang tersebar di media sosial ketika ini disahkan sebagai palsu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, mesej berkenaan meminta orang ramai berwaspada dengan kejadian penculikan kanak-kanak, yang terlebih dahulu diberi bahan terlarang sehingga menyebabkan mereka tidak mampu melawan.

Menurut beliau, mesej tersebut juga mendakwa, mangsa akan dibawa lari ke negara jiran menggunakan lori ayam bagi membolehkan organ mereka diambil oleh sindiket.

“Antara lain mesej yang tersebar itu mendakwa, pihak berkuasa berjaya menjumpai enam kanak-kanak yang diculik selepas melakukan pemeriksaan terhadap lori tersebut,” katanya hari ini.

Skandaguru berkata, semakan polis mendapati mesej berkenaan mula tersebar sejak 2017 dan diulang siar di beberapa platform media sosial.

“Polis mengesahkan tiada sebarang laporan diterima berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak seperti didakwa,” katanya.

Tegas beliau, mana-mana individu yang terbabit menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan berita yang tidak berasas sehingga menimbulkan ketakutan awam,” katanya. – Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi