web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan BKM Dinaikkan Sehingga RM2,500, Tertinggi Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 5:01PM

Warga emas yang tidak mempunyai pasangan akan menerima bantuan BKM berjumlah RM600. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga RM2,500 bakal dilaksanakan, iaitu jumlah tertinggi setakat ini bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BKM dengan peruntukan sebanyak RM7.8 bilion, itu bakal memanfaatkan kira-kira 8.7 juta penerima, membabitkan isi rumah dengan lima anak dan lebih serta yang memiliki purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Isi pendapatan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih layak terima BKM sebanyak RM2,500. Ini sebagai kategori baharu sebagai usaha kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak. Kalau empat orang (anak), akan menerima RM1,000 ke RM2,000.

“Isi berpendapatan RM2,500 ke RM5,000, BKM disediakan antara RM500 ke RM1,200 bergantung kepada bilangan anak,” katanya menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, warga emas yang tidak mempunyai pasangan dan golongan bujang masing-masing akan menerima bantuan BKM berjumlah RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.

Pada masa sama, bantuan tambahan kepada ibu tunggal berjumlah RM500 akan diteruskan, yang melayakkan golongan tersebut menerima kadar maksimum sebanyak RM3,000 berbanding RM2,500 tahun ini.

“450,000 individu layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan peruntukan RM2.5 bilion pada 2023 dengan peningkatan signifikan berbanding RM1.5 bilion pada 2020,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad