web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Kadar Cukai Pendapatan Individu Dikurangkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 7:12PM

Sejuta pembayar cukai akan menerima inisiatif apabila kadar cukai pendapatan bagi individu pemastautin akan dikurangkan sebanyak 2 mata peratusan untuk banjaran pendapatan bercukai antara RM50,000 hingga RM100,000. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar cukai pendapatan bagi individu pemastautin akan dikurangkan sebanyak dua mata peratusan untuk banjaran pendapatan bercukai antara RM50,000 hingga RM100,000.  

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejuta pembayar cukai akan menerima inisiatif itu dan ia membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan isi rumah kumpulan pertengahan, sebaliknya sentiasa berusaha menambah pendapatan boleh guna yang mampu dimanfaatkan golongan M40.

"Pertama, banjaran pendapatan bercukai lebih RM50,000 hingga RM70,000, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus.

"Kedua, banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 hingga RM100,000, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus," katanya menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama Tengku Zafrul berkata, banjaran pendapatan bercukai melebihi RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000, melibatkan kadar cukai sebanyak 25 peratus.

"Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250. 

"Ini bermakna dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang dibelanjakan rakyat," katanya.

Katanya, kerajaan akan melaksanakan inisiatif e-Pemula M40 iaitu tawaran kredit e-Wallet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 yang berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai.

"Dianggarkan seramai lapan juta individu layak menuntut kredit ini dengan peruntukan disediakan sebanyak RM800 juta,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkenalkan Mekanisma Efektif Pantau Pelaksanaan Belanjawan 2023 - Lam Thye

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pastikan Agensi Islam Amal Tatakelola Baik, Julang Integriti Seperti Dihasratkan PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Dapat Pastikan Kesejahteraan Rakyat - Menteri Besar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Utamakan Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Demi Terus Memelihara Keharmonian - Aaron

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad