web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Dikuasai Pemimpin Pelbagai Kaum Tapi BN, PN Hanya Melayu - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 3:49PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) merupakan gabungan pelbagai kaum berbanding Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) yang dilihat lebih bersikap perkauman. 

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN dilihat lebih dikuasai oleh UMNO dan MCA, manakala MIC hanya sekadar wayang yang dicipta kerana tidak mempunyai suara dalam gabungan tersebut. 

Menurut beliau, PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin secara jelas hanya melibatkan parti Melayu dan ahli beragama Islam. 

"Kita ada tiga pilihan, pertama BN-UMNO, parti Melayu, MCA MIC ini hanya serpihan sahaja yang tidak pun memberi kesan (perjuangkan gabungan pelbagai kaum). 

"Kemudian, kita ada PN (terdiri daripada) Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dan PAS iaitu Melayu Islam dan PH adalah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya, hari ini. 

Anwar yang juga Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson menggesa setiap pemimpin Melayu untuk berkhidmat kepada semua kaum yang ada di Malaysia. 

"Tanggungjawab kita untuk menjelaskan, negara ini tak boleh tolak kenyataan (bahawa) majoriti (rakyat) memang Melayu. 

"Namun negara ini tidak boleh tolak kenyataan bahawa negara ini adalah negara pelbagai kaum dan adalah tanggungjawab untuk kita berkhidmat kepada semua komuniti,” katanya. - Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad