web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NSRC Berupaya Tangani Segera Kes Penipuan Siber, Hukum Pelaku - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 2:59PM

Penubuhan NSRC membolehkan kes jenayah penipuan siber ditangani dengan lebih berkesan dan bersepadu. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) membolehkan kes jenayah penipuan siber ditangani dengan lebih berkesan dan bersepadu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, NSRC juga ditubuhkan supaya pengaliran dana selanjutkan dapat disekat, selain mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku jenayah siber.

Katanya, NSRC yang bakal ditubuhkan, selaras pengumuman dalam Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu adalah pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), institusi perbankan serta syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa penipuan siber.

“Bagi membolehkan pihak NSRC mengambil tindakan berkesan, khususnya untuk menyekat pengaliran dan pelupusan wang mangsa, mereka boleh terus menghubungi talian khusus bank masing-masing berkenaan laporan insiden penipuan siber yang akan beroperasi 24 jam.

“(Mereka juga) boleh menghubungi talian NSRC, iaitu 997 yang akan beroperasi setiap hari, termasuk cuti umum dari jam 8 pagi hingga 8 malam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi, tindakan segera menghubungi pihak bank atau NSRC adalah sangat penting bagi membolehkan pengeluaran wang mangsa selanjutnya daripada sistem perbankan disekat

“Bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan, mangsa perlu memberikan maklumat berkaitan insiden penipuan siber dialami semasa menghubungi pihak bank atau NSRC, antaranya maklumat komunikasi antara mangsa dengan suspek dan maklumat transaksi yang membawa kepada mangsa ditipu, seperti nombor akaun dan nama bank mangsa dan suspek serta jumlah dana terlibat,” katanya.

Wan Junaidi berkata, orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada apabila dihubungi mereka yang mengaku kononnya daripada pihak berkuasa atau berkaitan apa-apa perkhidmatan diragui.

Jelasnya, pihak NSRC, agensi berkaitan di bawah NSRC atau bank tidak akan menghubungi orang ramai untuk meminta maklumat perbankan peribadi, seperti nombor pengenalan peribadi (PIN), Kod Pengesahan Transaksi (TAC), kata laluan sekali sahaja (OTP) atau kata laluan.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan membuat semakan sewajarnya bagi mengesahkan keabsahan fakta jika dihubungi pihak yang meminta maklumat berkenaan.

“Untuk maklumat lanjut mengenai NSRC, sila hubungi NFCC di (talian) 03-8861 3830, PDRM (03-2610 1222) dan BNM (1-300-88-5465),” katanya. – Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibarat Sedekah Kepada Penjenayah, Ramai Tinggal Kunci Pada Motosikal - KP Kedah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Bekas Pensyarah Berputih Mata, Lebih RM1.4 Juta Lesap Ditipu 'Pegawai NSRC'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki