web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Gula-Gulakan Rakyat, Tak Beri Peluang Bahas - Tun M

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Oct 2022 10:26AM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2023 yang dibentangkan 7 Oktober lalu dianggap sebagai belanjawan khusus untuk menggula-gulakan rakyat sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, belanjawan tersebut sama sekali tidak memberi peluang kepada parti lawan untuk membahas peruntukan yang diberi kepada rakyat.

Menurut beliau, faktor tersebut menyebabkan GTA yang belum didaftar tidak mempunyai pilihan selain daripada menyokong.

“Jika tidak menyokong tentulah rakyat akan kecewa dan tolak GTA.

“Namun demikian GTA menyoal kemampuan UMNO melaksana segala janji yang dibuat. Ini adalah kerana kerajaan ini kekurangan dana, korup dan kurang kecekapan untuk melaksana semua projek,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG berkata, UMNO terbukti gagal dalam pengurusan kewangan selepas membuat pinjaman berjumlah RM42 bilion menggunakan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Hutang kerajaan sebelum ini tidak pernah melebihi RM1 bilion. Di masa (pentadbiran) (Datuk Seri) Najib (Razak), kerajaan UMNO gagal dalam pengurusan kewangan,” katanya.

Beliau yang juga mantan Perdana Menteri berkata, hutang negara ketika ini terlalu tinggi hingga bayaran faedah mencecah berbilion ringgit setiap tahun, sedangkan hutang pokok tidak pernah berbayar.

“Kerap kali peruntukan untuk pembangunan diguna untuk bayar faedah pinjaman dan dengan ini, pembangunan kekurangan dana dan tidak dapat dilaksana,” katanya.

Kos juga dakwa beliau, meningkat kerana amalan rasuah yang kian bermaharajalela.

“Banyak cara untuk mengurangkan kos tidak diamal. Di masa yang sama nilai Ringgit jatuh. Ini bermakna bayaran hutang dalam Ringgit meningkat dan juga kos import,” katanya.

Jelas Dr Mahathir, Bajet 2023 pada dasarnya indah dipandang namun pelaksanaan jika tidak disampaikan dengan cekap, tidak akan dapat membawa hasil yang dijanji.

“Sebab itu, walaupun GTA menerima belanjawan ini tetapi banyaklah perubahan dan tambahan perlu dilakukan.

“Insya Allah, GTA dapat melaksana bajet terutama bantuan untuk rakyat jika UMNO tidak jadi kerajaan dan diganti oleh Kerajaan GTA (Pejuang) jika GTA diberi kemenangan dan mendiri kerajaan,” katanya. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Adili PM Hanya Berlandaskan Keputusan PRN - Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Zaliha Gesa Exco Negeri Aktif Dalam Usaha Bentang Kertas Putih Kesihatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki