web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Adili PM Hanya Berlandaskan Keputusan PRN - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Apr 2023 10:14PM

Fahmi Fadzil ketika ditemui media selepas hadir Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Alor Star hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR STAR - Keputusan mengadakan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, tidak seharusnya dijadikan satu-satunya kayu pengukur untuk menentukan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan setiap negeri dan kawasan mempunyai isu tersendiri yang boleh mempengaruhi keputusan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, adalah tidak tepat untuk mengaitkan keputusan PRN dengan prestasi keseluruhan atau menggunakannya sebagai penentu terhadap pencapaian Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, banyak lagi perkara penting perlu ditangani kerajaan, berbanding enam PRN itu sahaja.

“Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan PRN, bukan sekadar prestasi kerajaan,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI di Hotel Raia di sini, hari ini.

Fahmi berkata, cabaran di pihak pentadbiran Persekutuan adalah untuk menyelesaikan isu di setiap negeri dan sekali gus memenangi kepercayaan serta keyakinan rakyat.

“Tetapi untuk meletakkan seluruh beban kepada Anwar sahaja adalah tidak adil,” katanya.

Fahmi memberitahu, adalah tidak tepat untuk pemerhati pilihan raya BERSIH mendakwa bahawa keputusan Kerajaan Perpaduan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri di negeri yang terbabit dalam PRN akan datang sebagai ‘gula-gula pilihan raya’.

Menurutnya, tiga rumah terbuka di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dianjurkan kerajaan negeri masing-masing, manakala pentadbiran Persekutuan hanya membantu.

Di Kedah, Kelantan dan Terengganu, beliau mengakui kerajaan Pusat menjadi penganjur utama, namun menegaskan ia adalah program diadakan untuk meraikan rakyat.

"Jika kita buat di Sri Perdana (kediaman rasmi Perdana Menteri), ramai orang dari negeri lain tidak boleh datang. Jadi kita pergi ke mereka sebagai libat urus dengan rakyat,” katanya.

Memaklumkan bahawa sambutan diterima Perdana Menteri di Kedah sangat menggalakkan, Fahmi berkata, program itu juga membolehkan Anwar bertemu dan memahami dengan lebih baik isu tempatan dihadapi rakyat.

Beliau turut memaklumkan bahawa Anwar akan ke Sabah esok untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri walaupun tiada PRN di sana.

Tambah Fahmi, negara berada di landasan betul di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang memberi tumpuan kepada rakyat, bukannya mencari kelebihan politik.

“Sebagai contoh, kadar inflasi menurun kepada 3.4 peratus bulan lalu. Kami (Kerajaan Perpaduan)  sedang melakukan perkara untuk menambah baik) dan diharapkan rakyat dapat manfaatnya. Kami juga mengurangkan kerenah birokrasi supaya kos menjalankan perniagaan dikurangkan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata, adalah tidak adil untuk menganggap pengundi Undi18 (pengundi kali pertama) akan terus menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam enam pilihan raya negeri, khususnya di Kedah.

Pada pilihan raya umum lalu, PN menyapu bersih 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah atas kekuatan Undi18, selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammed Sanusi Md Nor yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS, meraih sokongan golongan itu.

Adam berkata, pengundi muda sama seperti pengundi atas pagar.

“Ramai pengundi mengikut ‘teori pendulum’. Tiada lagi kesetiaan pengundi mutlak dan ia adalah tanda demokrasi yang matang."

Adam berkata, pengundi muda berkemungkinan akan kembali kepada Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya Barisan Nasional (BN) dalam enam PRN berkenaan.

“Kita tidak ambil mudah mana-mana pengundi. Kita mesti berusaha untuk memenuhi aspirasi majoriti pengundi, sama ada mereka muda atau tua,” katanya.

Adam berkata, kaliber calon jauh lebih penting daripada usia mereka kerana negara memerlukan pemimpin yang boleh menyampaikan, bukan sekadar ‘berdakwah’. – The Vibes, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi