web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Zaliha Gesa Exco Negeri Aktif Dalam Usaha Bentang Kertas Putih Kesihatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 5:00PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peruntukan ditetapkan Kerajaan Perpaduan pada Belanjawan 2023, termasuk untuk Kementerian Kesihatan (KKM) disalurkan selepas penelitian terperinci dibuat terhadap keperluan dan kepentingan rakyat selaras konsep Malaysia MADANI.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, justeru adalah menjadi tanggungjawab setiap kerajaan negeri untuk memastikan peruntukan diberikan itu, digunakan secara optima dalam memenuhi keperluan rakyat.

“Saya turut menggesa setiap Exco Negeri agar dapat memainkan peranan aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan dapat direalisasikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Kesihatan Bersama Exco Kesihatan Negeri semalam.

Mesyuarat pertama sejak beliau memegang jawatan berkenaan itu, dipengerusikannya di Ibu Pejabat KKM.

Katanya, penganjuran mesyuarat itu membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di setiap negeri.

Malah, beliau berkata, mesyuarat dihadiri exco kesihatan dari setiap negeri itu adalah platform, bagi menyampaikan keputusan dan dasar semasa KKM untuk makluman serta tindakan Exco Kesihatan negeri.

“Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu semasa dan perkara berbangkit daripada Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan negeri yang lepas.

“Ia adalah satu platform bagi membentangkan maklumat khusus untuk perbincangan dan keputusan ahli mesyuarat,” katanya.

Pada masa sama, Dr Zaliha berkata, dalam mesyuarat itu, KKM sudah membentangkan maklumat berkaitan Analisa Belanjawan 2023, selain peruntukan perbelanjaan KKM yang jelas menarik perhatian semua Exco Kesihatan negeri untuk memberi pendapat membina.

“Di bawah Belanjawan 2023, KKM adalah kementerian yang menerima peningkatan peruntukan kedua terbesar, selaras hasrat kerajaan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan awam,” katanya.

Menurutnya, mesyuarat itu turut membentangkan isu penting mengenai Kertas Putih Kesihatan, Perbelanjaan dan Projek Pembangunan KKM serta dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

“Saya turut menggesa setiap Exco Kesihatan negeri agar dapat memainkan peranan aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan dapat direalisasikan.

“Saya juga berharap agar mesyuarat ini akan dijadikan platform yang menjadi pemangkin untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan, bagi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI sihat sejahtera,” katanya.

Pada Belanjawan 2023, KKM menjadi kementerian kedua menerima peruntukan paling tinggi selepas Kementerian Pendidikan (KPM), iaitu RM36.3 bilion, berbanding RM32.4 bilion pada tahun lalu.

Ketika mengumumkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu turut merangkumi RM3 bilion bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak, membabitkan lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian serta pegawai farmasi. – Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini