web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Debat PM Harus Dibudayakan, SPR Perlu Pandang Serius

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 9:00AM

Ismail Sabri menolak ajakan berdebat PH dengan memberi alasan debat bukan budaya politik negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua calon Perdana Menteri mewakili tiga gabungan utama parti perlu diberi ruang untuk berdebat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), demi menerapkan budaya politik baharu di negara ini.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, debat merupakan platform terbaik dalam merungkai kekalutan pandangan walaupun ia tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat.

Menurut beliau, sudah semestinya tiada negara demokrasi seperti Amerika Syarikat akan menggunakan cara terbabit kerana berupaya memberi kesan negatif kepada calon Perdana Menteri yang bertanding pada pilihan raya.

“Jangan lupa, debat juga boleh menghangatkan persaingan untuk menarik ramai rakyat keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab pada PRU ini.

“Debat tidak boleh disamakan dengan manifesto kerana ia tidak bercakap dan ia adalah janji parti.

“Kita bukan hendak menilai janji politik itu tetapi menilai kebolehan pemimpin menjawab dan melaksanakan manifesto,” katanya kepada Getaran.

Mohammad Agus berkata, taktik berceramah yang sering digunakan adalah komunikasi sehala dan ia dilihat semakin membosankan.

“Paling menjemukan, ceramah ini tiada idea baharu. Ia tidak menawarkan arah tuju pemerintahan negara, sebaliknya hanya mengungkit kisah atau kesalahan lama yang akhirnya menjurus kepada isu kaum dan agama,” katanya.

Atas faktor itu, beliau meluahkan kehairanan dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menolak ajakan debat daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), atas alasan ia bukan budaya politik negara dan tidak membawa manfaat sekiranya dilaksanakan.

Muhammad Agus berkata, tindakan itu jelas membuktikan negara kehausan pemimpin berani dan tidak mempunyai idea bertaraf dunia untuk berhadapan dengan rakyat secara langsung.

“Saya hairan ada pemimpin yang menolak debat, sedangkan ia juga adalah untuk berkempen? Sepatutnya, jika ada wawasan, idea, prinsip, fakta, kebijaksanaan, falsafah dan nilai perjuangan baik, terima sahaja pelawaan debat ini.

“PRU bukan sahaja tentang parti mana yang menang, tetapi siapa bakal Perdana Menteri yang terbaik untuk negara. Debat ini bukannya untuk mencari populariti, tetapi bagi membolehkan rakyat menilai kecekapan, kewibawaan, daya intelek, dan kebolehan bakal pemimpin kerajaan mereka,”? katanya.

Sekiranya tidak berjaya direalisasikan jelas Muhammad Agus, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mewajibkan debat Perdana Menteri atau pemimpin tertinggi parti pada PRU akan datang.

Katanya, sudah tiba masanya SPR melihat semula peraturan pilihan raya agar acara itu mampu diterapkan dan menjadi budaya kepada pemimpin masa depan.

“Letakkan ambang batas 20 peratus sebagai syarat wajib bagi parti yang mendapat undi dalam pilihan raya sebelumnya untuk turut serta dalam debat ini.

“Jika di negara lain, debat diadakan dalam tiga pusingan, kita boleh mulakan dahulu dengan dua pusingan, iaitu seminggu selepas penamaan calon dan seminggu sebelum hari pengundian,” katanya. - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan