web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negeri Sembilan Buka Tender Balak, PM Harus Tunaikan Janji Penyahwartaan Hutan Simpan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 8:05PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika negara dilanda pelbagai bencana alam akibat kegagalan pengurusan hutan, kerajaan Negeri Sembilan dilihat masih berdegil apabila membuka tawaran tender bagi mengeluarkan kayu balak di hutan simpan kekal di negeri itu.

Tindakan berkenaan sebelum ini mendapat kritikan dan kecaman pelbagai pihak.

Sebuah iklan tender itu di akhbar memaklumkan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan mempelawa individu atau syarikat pembalakan menyertai tender mengeluarkan kayu balak di dalam hutan simpan negeri itu bagi tahun 2022.

Notis berkenaan menyatakan, harga yang ditawarkan adalah bayaran premium sahaja tanpa meliputi harga royalti, ses dan pelbagai bayaran Lesen Mengambil Hasil Hutan serta lain-lain pembayaran berkaitan.

“Tender tersebut melibatkan kawasan seluas 94.66 hektar dan ia dilakukan untuk membuka laluan kepada kerja-kerja pembinaan jalan di antara Kampung Ganu dan Ulu Beranang,” kata notis tersebut.

Bagaimanapun, permohonan bagi mendapatkan tender tersebut telah ditutup pada 26 Oktober lalu dan pemohon perlu membayar RM100 bagi mendapatkan borang berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia (TGP), Abdul Razak Ismail terkejut dengan tindakan kerajaan Negeri Sembilan itu kerana ia mampu memusnahkan alam flora dan fauna di kawasan sekitar.

“TGP dikejutkan dengan iklan di dada akhbar baru-baru ini, melibatkan iklan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang menawarkan kerja-kerja pembalakan di hutan simpan kekal bagi tahun 2022.

“Pada masa sama, TGP juga bimbang dengan tindakan kerajaan Selangor yang bercadang untuk melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di enam lokasi hutan simpan milik kerajaan dan swasta.

“Ini kerana projek itu dianggap dalam keadaan ‘bahaya’ untuk dimusnahkan ekosistem semula jadi dan habitatnya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Abdul Razak juga menggesa kerajaan perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan manifesto PH berkaitan penyahwartaan hutan simpan.

Menurut mantan Setiausaha Otai Reformis 1998 itu, sekurang-kurangnya RM1 bilion perlu diberikan kepada kerajaan negeri sebagai inisiatif untuk tidak melakukan nyahwarta penggondolan hutan simpan.

“Kerajaan juga digesa mengambil langkah proaktif dengan gesaan Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) baru-baru ini agar kerajaan segera mengisytiharkan darurat iklim.

“Terdapat keperluan ia dilaksanakan bagi persiapan menghadapi kemusnahan alam sekitar yang semakin hampir akibat perubahan iklim,” katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) kecewa dengan tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang membuka tender membalak dalam kawasan hutan simpan kekal di negeri terbabit.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, kerajaan negeri seharusnya melindungi khazanah alam negeri supaya menjadi benteng perlindungan daripada ancaman pemanasan global dan perubahan iklim yang mengubah cuaca menjadi ekstrem. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 56 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan