web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Cadangan Elak Rasuah, Salah Guna Kuasa Dalam Proses Tender Terbuka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 7:09AM

Kerajaan perlu memastikan setiap borang pembidaan tidak dibuka oleh pegawai sehingga tarikh pembidaan ditutup dan mengelakkan jawatankuasa teknikal kurang mahir aspek teknikal dengan mengupah konsultan luar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melaksanakan empat cadangan utama demi memastikan tidak wujud peluang rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak yang terlibat dengan perolehan tender terbuka kerajaan.

Pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman tidak menafikan tender terbuka adalah lebih baik bagi mengekang peluang salah guna kuasa, namun ia bukan jaminan ketirisan dan rasuah tidak berlaku.

Menurut beliau, kerajaan perlu memastikan setiap borang pembidaan tidak dibuka oleh pegawai sehingga tarikh pembidaan ditutup dan mengelakkan jawatankuasa teknikal kurang mahir aspek teknikal dengan mengupah konsultan luar.

"Jika gagal, kemungkinan akan berlaku kebocoran maklumat dan seterusnya boleh wujudnya ahli jawatankuasa menghubungi pembida dan membocorkan harga pembida lain, bagi memastikan mereka yang berkait dengannya atau ada komisyen lebih cerah untuk menang.

“Kawalan maklumat perlu jelas dan kukuh agar nama pembida tidak didedahkan kepada konsultan demi mengelakkan kecenderungan kepada syarikat pembida tertentu. 

“Saya menjumpai berlaku bagaimana sebuah syarikat teknologi yang diberikan kontrak namun disebabkan jawatankuasa teknikal tidak mahir, institusi tersebut kerugian puluhan juta ringgit,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri menegaskan sebarang  kelulusan perolehan tanpa tender tidak boleh lagi berlaku.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Mengulas lanjut, Zaharuddin berkata, terdapat keperluan untuk melantik jawatankuasa penilai harga yang berkaliber dan berpengalaman agar tiada lagi anggapan semua harga oleh pembida adalah sama seperti dalam pasaran. 

Menurut beliau, perkara itu benar terjadi apabila jawatankuasa berkenaan hanya menilai hotel mewah tersebut sekadar RM250 juta sedangkan ia dibida oleh syarikat tersebut dengan harga melebihi RM400 juta. 

“Ini jelas bermakna syarikat terbabit terlebih bayar dan tender terbuka dalam konteks ini tidak membantu mereka dari mengelakkan ketirisan atau mungkin rasuah tersirat dan dipakat sesama pembida.  

“Banyak kali berlaku, syarikat membida barangan tertentu untuk dibekalkan kepada sebuah agensi, setelah melalui proses teknikal dan harga, pemenang sudah ada dan hanya perlukan pengesahan Lembaga Pengarah,” katanya.

Namun, katanya, setelah harga disemak di pasaran e-dagang untuk barangan yang sama, jumlah bidaan semuanya melebihi dua sehingga tiga kali ganda dari harga runcit. 

"Sedangkan pembayaran hanya dalam tempoh 30 hari dan tempahan secara bulk, sepatutnya layak mendapat harga murah dan kompetitif. Di sinilah berlakunya ketirisan lagi,” katanya. 

Sementara itu, Zaharuddin berkata, wujud juga beberapa klausa pengecualian tender terbuka kebiasaannya untuk kes kemahiran unik, kecemasan dan kesegeraan.

“Di sini masih boleh wujud masalah (rasuah) kerana dibenarkan untuk rundingan terus atau tender terbuka permohonan pengemukaan (RFP).

“Sekiranya melibatkan RFP dan rundingan terus kepada pembekal disebabkan kemahiran unik atau kesegeraan, satu SOP jelas mesti disediakan bagi mengelak disalahgunakan oleh institusi,” katanya.

Ujarnya lagi, SOP dengan semakan beberapa lapisan memang bagus tetapi ia boleh melambatkan proses, justeru satu kaedah semakan yang efisien dan berkualiti mesti dilaksana dengan bantuan pakar luar. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saifuddin Nasution Tidak Terbabit Urusan Tender - Jabatan Penjara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM7.2 Bilion Nilai Projek Kepada Kontraktor Jana Wibawa Di KKDW Dibatalkan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sebanyak 97 Peratus Kontrak DNB Diperoleh Secara Bidaan Kompetitif

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tender Perlu Dianugerah Berdasarkan Kepada Keupayaan, Rekod Prestasi Syarikat - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok