web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebanyak 97 Peratus Kontrak DNB Diperoleh Secara Bidaan Kompetitif

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 11:26PM

Fahmi Fadzil berkata sebanyak tiga peratus lagi atau 77 kontrak telah dianugerahkan secara rundingan terus yang dibuat pada 2021 - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sehingga Disember tahun lalu sebanyak 215 kontrak dengan nilai keseluruhan RM7.8 billion telah ditandatangani oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dengan 97 peratus (138 kontrak) daripada nilai keseluruhan kontrak, diperoleh secara bidaan kompetitif (tender terhad).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sebanyak tiga peratus lagi atau 77 kontrak telah dianugerahkan secara rundingan terus yang dibuat pada 2021, ketika DNB baru ditubuhkan dengan matlamat melaksanakan rangkaian 5G dalam jangka masa yang singkat.

"DNB baru ditubuhkan pada 2021 dengan matlamat melaksanakan rangkaian 5G dalam jangka masa yang singkat. Ketika itu, DNB memerlukan set kemahiran yang tidak tersedia ada dan hanya boleh diperoleh daripada syarikat global berkepakaran sesuai," katanya sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mengenai kesediaan menguatkuasakan perolehan secara tender termasuk projek pelancaran 5G yang diterajui DNB yang mengundang pelbagai kontroversi sejak dilancarkan.

Katanya kerajaan tidak bercadang untuk membuka semula kontrak yang telah dimeterai dengan DNB sebagai menghormati prinsip ‘sanctity of contract’, namun memberi jaminan bahawa semua kontrak berhubung perkara itu pada masa depan akan dilaksanakan secara tender terbuka.

Fahmi berkata kementerian itu juga sedang mengkaji dan akan memperketatkan tadbir urus DNB agar piawaian dan standard perolehan terbaik akan diguna pakai oleh pihak syarikat.

Menjawab soalan tambahan Dzulkefly mengenai kualiti perkhidmatan (QoS) DNB, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan sentiasa mengawal selia serta mengaudit agensi itu bagi menjamin kualiti perkhidmatan.

Katanya, peruntukan di dalam Akta MCMC dan Akta Komunikasi dan Multimedia juga akan diguna pakai terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan termasuk DNB sekiranya QoS tidak memuaskan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan