web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Palsu! Ciapan Kerajaan Beri Pengiktirafan UEC Bukan Dimuat Naik PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 1:12PM

JPM menegaskan akaun Twitter berkenaan bukan kepunyaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan ciapan yang tular di Twitter menggunakan akaun ‘Anwar Ibrahim’ yang memuatnaik kenyataan berkaitan pengiktirafan dan kelulusan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) sebagai palsu.

JPM menegaskan akaun Twitter berkenaan bukan kepunyaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, JPM berkata, akaun yang menyatakan kandungan maklumat tersebut, dicipta menyerupai akaun media sosial Perdana Menteri ke-10 itu.

“JPM ingin merujuk kepada hantaran yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk 'pengiktirafan UEC akan dibincangkan di peringkat kementerian dan usul ini akan diluluskan kelak oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, JPM turut berkongsi beberapa akaun media sosial rasmi yang digunakan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai rujukan orang ramai supaya tidak tertipu dengan sebarang maklumat palsu.

Sebelum ini, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional selepas sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya UEC diiktiraf.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

Kerajaan PH sebelum ini menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji dasar UEC pada Oktober 2018 dan berjanji untuk mengiktiraf sijil pendidikan berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Malah kerajaan sebelum ini kekal dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf UEC kerana tidak selari Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 

Keputusan itu bagi memenuhi aspirasi dan keperluan negara pada masa hadapan serta menjadi usaha dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selaras prinsip Rukun Negara. -  Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok