web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Liputan 5G Sudah Capai 36 Peratus - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Dec 2022 5:44PM

Fahmi berkata setakat ini sudah 2,750 kawasan untuk rangkaian terbabit sudah disiapkan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerja pembangunan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) sudah mencecah 36 peratus setakat 31 Oktober lalu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengesahkan, kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan pembangunan 5G bersama DNB.

“Setakat 31 Oktober, DNB meneruskan pembangunan 5G, setakat ini sudah 2,750 kawasan untuk rangkaian terbabit sudah disiapkan.

“Kerajaan perpaduan tidak tangguh, kita teliti syarikat DNB namun projek tetap berjalan,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi dan Digital di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Kewangan (MOF) di bawah kelolaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti langkah terbaik untuk mempercepat liputan rangkaian 5G di seluruh negara.

Katanya, perbincangan bukan sahaja melibatkan DNB, tetapi turut meliputi pihak berkepentingan.

"Perdana Menteri sudah nyatakan bahawa MOF dan Kementerian Komunikasi akan menilai aspek teknikal dan penelitian beberapa aspek untuk pastikan pembangunan rangkaian 5G tidak terganggu.

"Kita tengok negara lain sudah lama mencapai tahap pelaksanaan yang lebih baik malah ada yang telah selesai dan ada negara sudah bercakap berkenaan rangkaian 6G.

"Pada masa sama, ada beberapa isu terkait dengan syarikat berkenaan dan oleh sebab itu, Perdana Menteri mengarahkan kami (Kementerian Komunikasi dan Digital) menelitinya," katanya.

Fahmi berkata, segala perubahan atau keputusan daripada kerajaan dijangka dimaklumkan minggu hadapan selepas pertemuan bersama syarikat terlibat.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah mengarahkan supaya semua perjanjian berhubung projek pelaksanaan 5G di seluruh negara disemak semula.

Jelas Anwar, ia berikutan pelaksanaan perjanjian projek berkenaan tidak dibuat secara telus.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebelum ini pernah menggesa supaya isu berkaitan pelaksanaan 5G oleh DNB dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau dilaporkan berkata, pelaksanaan inisiatif kerajaan tersebut perlu diperincikan bagi memastikan ketelusan dari segi kos dan syarikat pelaksana pembangunan infrastruktur itu tidak dipertikai kelak.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini, Datuk Zahidi Zainul Abidin, dilaporkan berkata, pelantikan DNB bagi pelaksanaan teknologi internet 5G di Malaysia diputuskan Kementerian Kewangan tanpa melalui perbincangan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terlebih dulu. - Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan