web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Beri Saya Sebulan Selesai Tunggakan Tuntutan M63 - Fadillah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2022 4:24PM

Fadillah Yusof - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan tunggakan tuntutan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fadillah memaklumkan, tempoh tersebut diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, fokus utama akan diberikan kepada perbincangan di peringkat kerajaan negeri.

“Saya juga telah meminta Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak) untuk berjumpa Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) untuk melihat keutamaan bagi Sabah dan juga Sarawak yang boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan ini. Insya Allah,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, ada beberapa isu mungkin perlu dipanjangkan ke Dewan Rakyat.

“Selebihnya, kita akan melihat dulu, mungkin terpaksa dibawa ke Dewan Rakyat.

“Mana yang sudah dibincang dan boleh dimuktamadkan, kita akan usaha muktamadkan dalam tempoh sebulan ini,” katanya, memberi jaminan.

Dalam hantaran sama, beliau juga memberitahu, empat daripada lima Menteri Persekutuan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan pulang ke Kuching, untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, petang ini.

Kunjungan tersebut katanya, bertujuan untuk mendapat hala tuju daripada kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Sarawak dan GPS berhubung ‘focus area’ kelima-lima Menteri GPS, serta mendapatkan panduan mengenai keutamaan yang perlu diberi tumpuan di Sarawak.

“Keduanya, untuk kita memberikan taklimat berhubung status kerajaan perpaduan yang telah ditubuhkan dan hasil perbincangan di peringkat Kabinet.

“Dari situ kita akan berbincang bagaimanakah peranan kita dari GPS di peringkat Persekutuan dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Fadillah memberitahu, mereka perlu pulang ke Sarawak dan berjumpa kepimpinan kerajaan negeri, untuk mendapatkan arah panduan daripada kepimpinan GPS.

“Datuk Aaron Ago Dagang pulang bersama saya pagi ini. Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Datuk Seri Nancy Shukri telah pulang ke Kuching malam tadi.

“Datuk Seri Tiong (Tiong King Sing) tak dapat pulang kerana sudah ada komitmen lain, (iaitu) menghadiri taklimat seluruh agensi pelancongan,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi