web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bakar al-Quran, Wanita Alami Tekanan Perasaan Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 6:37PM

Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pengawal keselamatan kerana disyaki membakar helaian al-Quran dalam kejadian di parkir sebuah premis di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek yang merupakan seorang wanita tempatan ditahan di tempat kejadian pada jam 2 pagi tadi.

Menurut beliau, siasatan  mendapati kejadian berkenaan berlaku di laluan tangga 2, tempat letak kereta sebuah premis di Jalan Ampang pada jam 1.15 pagi.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(N) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Motif kejadian masih belum jelas namun, siasatan awal mendapati suspek mengalami tekanan perasaan disebabkan masalah keluarga,” katanya hari ini.

Noor Dellhan berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu turut diarahkan menjalani saringan air kencing.

“Susulan saringan, suspek disahkan tidak berada di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah.

“Semakan rekod kesihatan juga mendapati suspek tiada rekod masalah mental,” katanya.

Getaran diberitahu, suspek direman empat hari, bermula hari ini.

“Dia direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara kerana tidak membawa kad pengenalan,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula