web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KDN Harus Benarkan NGO Lihat Sendiri Tahanan Dalam Depoh Jabatan Imigresen

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 7:00AM

Hishamuddin Hashim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar memberi akses kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk melihat sendiri keadaan tahanan dalam depoh Jabatan Imigresen Kimanis di Sabah.

Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim berkata, gesaan itu dibuat berikutan penafian KDN pada kelmarin berhubung keadaan fizikal tahanan yang kurus di depoh berkenaan akibat layanan buruk Jabatan Imigresen (JIM).

Bagaimanapun katanya, pihaknya mendapat laporan di lapangan, termasuk daripada ahli keluarga tahanan yang mendakwa berlaku krisis makanan dan kesihatan di depoh tersebut.

“Berdasarkan video dan gambar yang tular itu, berapa lamakah sebenarnya individu tersebut telah ditahan? Adakah sebulan atau sudah setahun?

“Adakah logik sekiranya individu terbabit sebagaimana yang tular, susut sebelum ditempatkan di depoh tersebut dan kesemuanya mengamalkan gaya hidup dan aktiviti tidak sihat?” soalnya kepada Getaran.

Semalam, KDN menafikan tiga ‘tahanan kurus kering’ di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah disebabkan layanan buruk Jabatan Imigresen.

Namun Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution menjelaskan, keadaan fizikal tiga tahanan itu sudah kurus sebelum dimasukkan ke depoh itu lagi.

Beliau turut mengakui pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai gambar dan video yang tular mengenai kejadian tahanan di depoh berkenaan.

Ditanya sama ada pihaknya akan melakukan pemeriksaan mengejut di depoh berkenaan, Saifuddin berkata, ia adalah proses biasa yang berterusan dilakukan jabatan itu.

Menurut beliau, media tidak seharusnya memperbesar-besarkan isu tahanan di Kimanis kerana tidak adil untuk memberikan laporan berat sebelah, selain mempersoalkan sama ada tahanan berkenaan mengamalkan gaya hidup sihat, walaupun sebelum mereka ditahan.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, pihaknya juga mahu KDN memberi perhatian terhadap krisis makanan dan kesihatan di semua depoh tahanan Jabatan Imigresen.

Tegas beliau, sebagai NGO yang lantang mengkritik isu pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan di luar negara, di mana rakyat Malaysia menderita dikurung dan diseksa, mereka tidak mahu perkara sama berlaku dalam depoh tahanan negara ini.

“Adakah pihak KDN boleh memastikan isu krisis makanan dan kesihatan di dalam depoh tahanan tersebut dapat ditangani dengan baik?

“MHO tidak mahu menuduh serta menuding jari, tetapi ia bertujuan supaya KDN dapat mengambil berat dan membuat penelitian khusus berkenaan isu kemanusiaan yang berlaku di depoh tahanan,” katanya.

Terdahulu, dalam sebuah rakaman video berdurasi seminit 30 saat, seorang lelaki bernama Salomon mendakwa sudah lebih setahun berada di depoh tahanan Jabatan Imigresen Kimanis di Sabah dengan makanan dan minuman tidak mencukupi menyebabkan kebanyakan mereka kurus kering.

Tahanan itu turut merayu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengarah Imigresen negeri, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof agar mereka dibebaskan. - Getaran, 10 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

 Imigresen Tahan 14,361 Pendatang Tanpa Izin Setakat 23 Februari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 4 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok