web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Barisan Timbalan Menteri Seimbang, Fokus Bangunkan Negara, Perkasa Perpaduan Kaum

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Dec 2022 7:00AM

Barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan menandatangani Surat Cara Pelantikan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan timbalan menteri kerajaan perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin melengkapkan barisan Kabinet yang dibentuk dengan penuh teliti, terdiri daripada pelbagai parti komponen.

Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, ia juga merupakan lantikan seimbang kerana merangkumi Ahli Parlimen daripada pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

“Pelantikan timbalan menteri secara umumnya merangkumi Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Kalau dilihat, agihan itu merangkumi pelbagai negeri yang memberi makna besar pada negara.

“Ini membuktikan dari sudut agihan, jawatan timbalan menteri itu yang diumumkan Perdana Menteri adalah seimbang kerana ramai ketika ini bercakap Sabah dan Sarawak ketinggalan. Namun, Anwar sudah buktikan dengan melantik pemimpin dua negeri itu bersama barisan Kabinet,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Hussain berkata, pengukur kepada Kabinet kerajaan perpaduan adalah aspek kesepakatan dan kerjasama sebagai satu kumpulan, meskipun jemaah menteri terdiri daripada parti politik yang berbeza.

Menurut beliau, semua Ahli Parlimen perlu bersatu dan bekerjasama bagi menghadapi ‘ujian’ pada hari berkenaan, dalam usaha menyelamat serta memajukan negara meskipun berbeza ideologi dan parti politik.

“Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik bukanlah pakatan atau persefahaman yang dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kerana UMNO tidak pernah masuk bersama Pakatan Harapan (PH) namun mereka terpaksa juga bergabung atas titah Yang di-Pertuan Agong, berikutan gabungan itu tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Semua parti komponen jika mencapai permuafakatan serta kesepakatan baik, maka tiada masalah mengekalkan kelestarian pentadbiran Anwar untuk jangka masa panjang, namun jika sebaliknya, maka proses untuk bekerja itu akan terganggu,” katanya.

Hussain yang juga Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa UniSZA berkata, Presiden PKR itu perlu memastikan bahawa tiada mana-mana ahli Kabinet menyentuh isu berkaitan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu seperti dilakukan ketika PH memerintah selama 22 bulan.

“Jika Anwar boleh mengawal Kabinetnya untuk tidak menyentuh isu berkenaan demi menjaga perasaan orang Melayu dan menumpukan kepada pentadbiran bagi menstabilkan kembali politik dan negara, pergaduhan membabitkan kaum, konflik atau menyentuh sensitiviti tidak akan berlaku.

“Namun, jika ada kalangan barisan Jemaah Menteri yang dilantik mencetuskan kemarahan pelbagai kaum, itulah yang akan menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berpendapat, wajar jika ahli politik yang memainkan isu agama dan perkauman dikenakan tindakan undang-undang.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Menurut beliau, ada segelintir pemimpin ketika ini dilihat seolah-olah tidak takut sehingga memainkan sentimen agama dan kaum ketika berkempen pada PRU-15.

“Mengkritik itu boleh namun sehingga menimbulkan kebencian dan kemarahan kaum dikritik, saya fikir perlu dikenakan tindakan tapi bila hal ini nak diambil tindakan, biasanya memang orang tidak suka.

“Perkara melibatkan sentimen yang boleh menggugat serta mengancam keselamatan itu akan semakin memburuk jika tiada tindakan. Di sini pentingnya kerajaan dan semua parti sebab ketika pasca PRU-14 dahulu, tiada kerajaan dominan dan masing-masing perlu bergantung antara satu sama lain,” katanya.

Sehubungan itu, Jamaie mengharapkan kerajaan perpaduan mampu mempamerkan kesungguhan dalam memperkasa perpaduan, khususnya untuk menangkis permainan sentimen kaum atau agama agar ia tidak digunakan dengan keterlaluan dan melampau.

“Dalam hal ini perlu ada tindakan yang memberi ruang pihak penguat kuasa agar perkara itu dapat dikawal kerana nak harapkan pemimpin atau parti politik sendiri, nampaknya perkara itu sudah dilanggar oleh mereka. Kita perlu kembali dengan menggunakan undang-undang.

“Suka tak suka, kita kena lakukan untuk tujuan perpaduan demi kebaikan semua kaum, agama malahan parti. Jika tidak dilakukan dari sekarang, ia sukar diatasi dan Malaysia kekal berada dalam keadaan situasi tidak stabil dan keamanan itu akan terancam,” katanya.

Mengulas lantikan 27 timbalan menteri, Jamaie yang juga Pensyarah Kanan Program Sains Politik UKM menyifatkan, Perdana Menteri telah mengambil kira pelbagai faktor, termasuk menggandingkan muka baharu dan Ahli Parlimen berpengalaman yang pernah memegang jawatan menteri.

“Ada kepelbagaian namun mereka (menteri dan timbalan menteri) perlu saling bekerjasama kerana kerajaan perpaduan bukan kerajaan dominasi. Ia menggabungkan pelbagai parti dan gabungan politik yang menyebabkan mereka tidak boleh bergerak sendiri.

“Kesemua timbalan menteri kena bekerjasama untuk mendapatkan khidmat dan pandangan dari rakan (Ahli Parlimen) yang ada pengalaman dan lebih senior daripada mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau optimis Anwar dan barisan Jemaah Menteri mempunyai kemampuan serta kewibawaan dalam mentadbir negara berdasarkan pengalaman yang ada.

“Walaupun Perdana Menteri kalau tak silap saya sudah berusia 75 tahun dan sudah lama tidak memegang jawatan menteri, pengalamannya ketika bersama kerajaan pada era 80 dan 90 an itu mampu memimpin barisan Kabinetnya untuk bekerja. Dalam hal ini, beliau cukup berwibawa,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan