web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Undi Percaya: Majoriti Ahli Parlimen Terima Anwar Sebagai Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Dec 2022 6:59PM

Usul undi percaya terhadap Anwar diluluskan sebulat suara. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) berjaya diabsahkan sebagai Perdana Menteri Ke-10 menerusi usul undi percaya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengumumkan, usul itu diluluskan dengan sebulat suara apabila lebih ramai Ahli Parlimen bersetuju berbanding tidak.

Usul tersebut dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen.

Mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan adalah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu); Doris Sophia Brodi (Sri Aman); Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran); Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa) dan Ahmad Fadhil Shaari (Pasir Mas).

Enam lagi Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor); Datuk Dr Jeffery Kitingan (Keningau); Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) turut terlibat dalam perbahasan.

Usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar menjadi antara agenda utama pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula 19 Disember ini.

Usul berkenaan bertujuan membuktikan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan majoriti, susulan tiada parti atau gabungan politik memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Anwar pada sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan 24 November lalu menegaskan, akan membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

Kali pertama usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat ialah pada 27 Januari, 1976 ketika bekas Tun Hussein Onn dilantik menggantikan Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri.

Difahamkan, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan dan usul bagi peruntukan lain berkemungkinan besar akan dibahaskan esok. – Getaran, 19 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan