web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masjid Abdul Rahman Auf Mahu Terus Bantu Golongan Memerlukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 2:10PM

Masjid Abdul Rahman Auf mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Masjid Abdul Rahman Auf di Taman Rapat Koperasi di sini, tidak hanya mahu berfungsi sebagai tempat beribadat, tetapi turut memainkan peranan dalam membantu golongan memerlukan.

Buktinya, pelbagai sumbangan disalurkan masjid berkenaan setiap bulan dan pada Ramadan ini, masjid itu mahu membantu sebanyak mungkin golongan memerlukan.

Kesemua sumbangan disampaikan menerusi Biro Ekonomi dan Hubungan Luar masjid, yang diwujudkan bagi merangka pelbagai program bantuan.

Ahli jawatankuasa biro berkenaan, Muhamad Akhyar Asnawi berkata, program terbaru yang diadakan ialah pada 11 April lalu di kawasan Larut, Matang dan Selama.

Katanya, pada program terbabit, pihak masjid mengagihkan 15,000 telur ayam, 500 ayam beku dan bungkusan beras kepada golongan miskin di kawasan berkenaan.

"Esok (Ahad), aktiviti yang sama akan diadakan di masjid ini dengan mengagihkan barangan yang sama kepada 100 keluarga di kariah ini.

"Masjid ini didirikan pada 2012 dan sudah mula mengadakan program bantuan seperti ini sejak 2014 lagi, kecuali tahun lalu semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),' katanya kepada Getaran.

Menurut Akhyar, selain memberikan barangan mentah, pihak masjid turut mengadakan aktiviti memasak dan mengedarkannya kepada golongan miskin bagi memastikan setiap daripada mereka mempunyai hidangan berbuka.

Katanya, penduduk yang ingin mengetahui aktiviti yang diadakan serta sumbangan yang akan diberikan boleh mengunjungi laman Facebook masjid berkenaan.  – Getaran, 24 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang