web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan BTR Diteruskan, Disalurkan Kepada Rakyat Lebih Awal, Mulai Januari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Dec 2022 1:04PM

BTR fasa 1 yang dilaksanakan kerajaan terdahulu akan tetap diteruskan di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan tunai rakyat (BTR) fasa 1 yang dilaksanakan kerajaan terdahulu akan tetap diteruskan di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tersebut akan disalurkan lebih awal iaitu pada Januari depan berbanding sebelum ini iaitu pada Mac tahun hadapan.

“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion, melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang. 

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan juga komited untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, kerajaan telah menyalurkan bantuan musim tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember dengan bantuan keseluruhan berjumlah RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah. 

“Sukacita sebagai tambahan, kerajaan bercadang untuk menyalurkan Bantuan Tambahan sebanyak RM200 kepada pekebun kecil getah bagi bulan Januari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan, kerajaan perpaduan bersetuju untuk memberikan kenaikan gaji tahunan tambahan khas sebanyak RM100 kepada seluruh penjawat awam bermula dari gred 11 sehingga gred 56.

Menurut beliau, kira-kira 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah akan menerima RM700 dan sejuta pesara kerajaan akan menerima RM350 menerusi bantuan khas kewangan.

“Belia juga memerlukan kelangsungan peluang pekerjaan untuk meraih rezeki dengan didorong pelaksanaan program yang mengiktiraf gaji antara RM1,500 ringgit hingga RM2,100.

“Kerajaan akan menyediakan 50,000 peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35,000 oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui program MySTEP untuk tahun 2023. 

“Selari dengan pengumuman awal saya selaku Perdana Menteri, isu kos sara hidup adalah keutamaan. Maka, adalah penting RUU ini diluluskan bagi membolehkan penyaluran Bantuan Kebajikan Masyarakat kepada isi rumah miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Anwar menegaskan, tidak seharusnya ada pihak mewujudkan pelbagai tuduhan negatif terhadap tindakan kerajaan perpaduan membatalkan projek tebatan banjir.

Jelas Presiden PKR itu, Kementerian Kewangan bersama kementerian berkaitan akan memastikan aspek teknikal projek tersebut mengambil kira pandangan pakar bagi memastikan perbelanjaan yang besar ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. 

“Saya difahamkan daripada 39 cadangan projek RTB yang dipohon oleh KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air) sebelum ini, sebanyak 28 daripadanya telah diluluskan secara rundingan terus dengan anggaran nilai berjumlah hampir RM14 bilion atau lebih 90 peratus daripada keseluruhan peruntukan. 

“Persoalannya, mengapa projek RTB yang besar belanjanya ini diputuskan dalam ruang tatakelola yang tergesa-gesa secara rundingan terus, walaupun ini sebenarnya ialah projek jangka panjang sehingga 2030. Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan perpaduan ini tidak mempersoal kepentingan projek tebatan banjir. 

“Apa yang saya gusar ialah duit rakyat sebegini banyak, dibelanjakan dengan begitu mudah dan cepat sekali. Maka, saya telah meminta Kementerian Kewangan untuk menilai semula proses perolehan yang dipercayai dapat menjimatkan sekurangnya RM2 bilion, dan boleh diagihkan semula untuk kesejahteraan rakyat,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok