web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cari Penyelesaian 'Konkrit' Bukan Gesa Rakyat Tolak Barang Harga Lebih Mahal

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 7:00AM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan perpaduan mengharapkan kumpulan berpendapatan rendah untuk tidak membeli produk dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini bagi mengekang kenaikan harga adalah tidak wajar.

Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk membendung kenaikan harga melalui penurunan permintaan adalah gesaan terlalu mudah dan tidak betul. 

“Intervensi untuk meningkatkan keanjalan permintaan kumpulan berpendapatan rendah? Ini tidak betul dan tidak wajar. 

“Penurunan permintaan sebagai langkah mengekang kenaikan harga yang kita alami terlalu simplistik, seolah-olah menggambarkan penurunan permintaan adalah antara penyelesaian kenaikan harga.  

“Dalam kes yang ekstrem, adakah tiada permintaan langsung merupakan langkah efektif membendung kenaikan harga? Ini bukan penyelesaian," katanya dalam kenyataan kepada Getaran.

Terdahulu, Rafizi semasa sidang akhbar penerbitan indeks harga pengguna (IHP) November 2022 berkata, pengguna perlu berperanan menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan menjadi lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata, Rafizi mencadangkan agar intervensi permintaan dilaksanakan tanpa memperincikan bentuk intervensi yang akan diambil. 

Menurut beliau, gesaan Menteri Ekonomi itu menyebabkan pelbagai pihak cuba mendapatkan pandangan beliau mengenai apa yang perlu dilakukan bagi melaksanakan perkara tersebut. 

“Ramai menghubungi saya bertanya mengenai kenyataan ini. Pertama, sebaiknya pihak yang berkenaan harus lebih berhati-hati dan memahami secara menyeluruh dalam mengutarakan cadangan penyelesaian terhadap masalah ekonomi.

“Kaji secara terperinci apakan punca yang menyebabkan kenaikan harga, bukan ‘kesan-akibat’ kenaikan harga. Apakah faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga makanan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Jelasnya, sudah pasti peningkatan harga bukan disebabkan oleh peningkatan permintaan berikutan ia stabil dan tiada lonjakkan disebabkan musim perayaan. 

Noor Azlan yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) berkata, besar kemungkinan peningkatan harga barangan berpunca daripada kekurangan bekalan.

“Dengan kadar pengeluaran kendiri, pengeluaran ayam dan telur ayam mencecah 104 peratus dan 115 peratus adalah jelas menunjukkan kenaikan kedua-dua bahan mentah itu berpunca dari bekalan. 

“Bekalan kurang disebabkan pengurangan pengeluaran oleh pengeluar tempatan ataupun bekalan dieksport ke pasaran yang lebih menguntungkan. Jadi mengharapkan penurunan permintaan sebagai penyelesai kepada kenaikan harga adalah tidak betul.

“Keanjalan permintaan merujuk kepada respons permintaan terhadap kenaikan harga. Umumnya kenaikan harga menyebabkan permintaan menurun. Jika kadarnya lebih besar dari kadar kenaikan harga, permintaan dianggap anjal,” katanya. 

Sehubungan itu, Noor Azlan berkata, pengguna terpaksa mengorbankan perbelanjaan lain, khususnya golongan berpendapatan rendah yang dilihat tidak mempunyai banyak pilihan.

“Keanjalan tertakluk kepada beberapa faktor penentu utama. Antaranya, status produk, keupayaan beralih kepada produk lain, tahap pendapatan dan juga kesegeraan keperluan produk berkenaan.

“Adakah ayam dan telur menghampiri status ruji? Adakah ada produk makanan lain menjadi pengganti sesuai untuk pengguna beralih dari ayam dan telur ayam. 

“Menteri juga memaklumkan jumlah permintaan dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol tidak menurun.

“Adakah kuantiti permintaan atau jumlah perbelanjaan dirujuk? Mungkinkah kuantiti kekal tetapi jumlah perbelanjaan meningkat berikutan harga yang lebih tinggi?” soalnya.

Dalam pada itu, Noor Azlan mencadangkan terdapat keperluan profail perbelanjaan yang lebih terperinci diperlukan, terutama mengikut kelas pendapatan untuk Rafizi merumuskan status keanjalan permintaan. 

“Kumpulan berpendapatan tinggi lazimnya mempunyai keanjalan yang rendah terhadap kenaikan harga. Dalam konteks harga ayam dan telur ayam, mungkin permintaan mereka langsung tidak anjal. 

“Adakah kumpulan ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri (Rafizi). Tangani masalah ekonomi dengan perekonomian yang betul," katanya. - Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan