web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Perincian Kesiapsiagaan Negara Berdepan Pengembara Luar Diumum 10 Januari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jan 2023 1:04PM

Pengumuman itu termasuk prosedur operasi standard (SOP) ketat dan langkah terperinci yang akan dikenakan kepada pengembara dari luar negara, termasuk China - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan semua aspek mengenai protokol dan kesiapsiagaan berdepan COVID-19 menerusi sidang akhbar bersama media pada Selasa ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pengumuman itu termasuk prosedur operasi standard (SOP) ketat dan langkah terperinci yang akan dikenakan kepada pengembara dari luar negara, termasuk China.

Katanya, pada sidang akhbar itu, media boleh mengemukakan apa sahaja soalan berkaitan dan pihaknya akan cuba memperjelas segala tanggapan tidak benar, selain pemahaman berkaitan COVID-19.

“Kita sedang buat libat urus dengan pemegang taruh, dengan kementerian lain, termasuk Kementerian Pelancongan dan pihak lapangan terbang.

“Kita akan lihat apa kita boleh perkemas seperti diminta atau disebut Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM di Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, Ketua Setiausaha, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menjawab persoalan berhubung pendekatan tambahan selain mengimbas suhu pelancong yang masuk ke negara ini, Dr Zaliha berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan pihak berkuasa, termasuk pengurusan lapangan terbang.

Menurutnya, selain pemeriksaan suhu di pintu masuk negara, KKM akan memastikan mana-mana pelancong yang tiba diambil tindakan segera jika bergejala COVID-19.

“Kalau dia (pelancong) perlukan perubatan dan pergi ke hospital, kita hantar ke hospital, kalau isolasi, kita isolasi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, China memansuhkan syarat kuarantin wajib bagi ketibaan luar negara mulai 8 Januari ini, sekali gus membuka semula sempadannya selepas hampir tiga tahun ia ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat luar, termasuk di Malaysia apabila berlaku lonjakan ketara kes COVID-19 di negara berkenaan, baru-baru ini.

Dr Zaliha berkata, pihaknya memberi perhatian serius terhadap kebimbangan rakyat berhubung peningkatan kes COVID-19 di China, selain sekatan yang dilakukan beberapa negara lain terhadap pengembara dari republik itu.

Tegas beliau, perkara itu sememangnya menjadi keutamaan KKM ketika ini.

“Dengan pelanjutan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” sehingga Jun depan, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan.

“Ini termasuk mengubah dasar sedia ada, terutama penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara serta memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di mana-mana pintu masuk negara,” katanya.

Jelasnya, langkah itu akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) dari China, bahkan dari semua negara di dunia.

“KKM juga sentiasa bersiap siaga untuk meningkatkan kapasiti kesihatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya. – Getaran, 6 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'